Moto Guzzi Malaysia Perkenalkan V7 III Carbon Edisi Terhad – RM74,900

  • Model Moto Guzzi V7 III Carbon telah dilancarkan di Malaysia.
  • Varian Carbon ini bercirikan komponen karbon fiber, kemasan berwarna merah, dan pelana kulit ‘alcantara’ unik.
  • Hanya 1921 buah unit sahaja akan dihasilkan seluruh dunia dan anda boleh mula menempahnya sekarang.

Moto Guzzi Malaysia telah memperkenalkan motosikal Moto Guzzi V7 III Carbon edisi terhad. Model terbaru ini adalah varian yang berupa paras lebih pantas, dan berprestasi tinggi bagi model V7 III yang popular.

Varian Carbon ini, yang telah diperkenalkan di bilik pameran Moto Guzzi di The Gasket Alley di Petaling Jaya, boleh dikenalpasti dengan komponen karbon fibernya, seperti dapra dan reraup sisi yang dipendekkan, serta warna hitam matte dan kemasan merah yang menonjolkan pelitup enjin, logo, dan angkup brek hadapan.

Pelananya (di atas) juga khusus untuk model Carbon ini diperbuat dengan menggunakan kulit ‘alcantara’ yang kalis air. Ia juga bercirikan jahitan kemasan merah seperti yang boleh dilihat di bawah. Malah, ciri-ciri karbonnya ada pada pelbagai bahagiannya, contohnya pada penutup tangki bahanapi yang diperbuat daripada ‘billet’ aluminium hitam beranod, bingkai lampu hadapan, penutup penyuntik, dan silinder utama brek belakang.

Model Moto Guzzi V7 III Carbon ini dihasilkan dalam jumlah terhad, sebanyak 1921, bagi mengingati tahun Moto Guzzi ditubuhkan.

Nombor siri bagi model ini boleh dikenalpasti pada plet yang ada pada palang pemegang seperti di atas. Seperti yang dapat dilihat di atas, ia juga dilengkapi dengan paparan bulat tunggal, yang mana merupakan kebiasaan bagi varian V7 III Stone, Rough, dan Carbon. Varian V7 III Special, Racer, dan Milano pula mempunyai paparan bulat kedua untuk ‘rev counter’.

Model Carbon ini dijana oleh enjin V-Twin melintang, yang mana merupakan versi ketiga enjin ini sejak enjin asalnya diperkenalkan pada tahun 1967. Enjin 744cc tersebut bercirikan injap berganda dengan ‘pushrod’ aloi ringan dan ‘rockers’, beserta kepala, omboh, dan silinder aluminium yang membantu dalam menjana 52hp pada 6,200rpm dan 60Nm tork pada 4,900rpm.

Kuasanya dipacu menggunakan transmisi enam kelajuan yang pada mula diperkenalkan dalam model V7 II, namun, kini dengan nisbah gear pertama dan akhir yang lebih panjang dan diperbaharui yang mana mampu memanfaatkan sepenuhnya tork dan kuasa enjin tersebut.

Dari segi keselamatan, model V7 III Carbon dilengkapi dengan angkup ‘four-pot’ Brembo di bahagian hadapannya, mencengkam cakera brek 320mm, sistem ABS dan juga sistem kawalan cengkaman boleh laras yang bergelar ‘Moto Guzzi Traction Control System’, yang mana boleh dilaraskan pada dua tahap sensitiviti, atau dimatikan terus. Brek belakangnya terdiri daripada cakera brek 260mm beserta angkup ‘twin-pot’ dan silinder utama beserta takungan.

Bagi pengendaliannya pula, posisi duduknya membuatkan kita terasa ‘macho’, seperti mana jentera-jentera moden retro yang lain. Kerangka keluli dan bahagian hadapannya yang dirombak semula bagi varian generasi ketiga bagi motosikal V7 ini dikatakan memberikan kestabilan pada motosikal ini pada kelajuan tinggi dan ketika menyelekoh.

Untuk bahagian suspensinya pula, bahagian hadapannya dilengkapi dengan fork asas tidak boleh dilaras dengan ruang gerakan 5.1 inci dan bahagian belakangnya pula dikendalikan dengan penyerap hentakan Kayaba dengan ruang gerakan 3.8 inci, boleh dilaras untuk pramuatan dan gerakan.

Model Moto Guzzi V7 III Carbon edisi terhad ini telah ditetapkan pada harga RM74,900 dan kini boleh ditontoni di bilik pameran Moto Guzzi di The Gasket Alley, Petaling Jaya

Leave a Reply