Honda Dash 125 2018 terbaharu dilancarkan – Dari RM5,999

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan model kapcai terbaharu iaitu Honda Dash 125.

  • Model kapcai 125cc ini dilengkapi dengan rekabentuk luaran baharu dan mampu menjana 9.86hp dan 9.54Nm tork.

  • Harga yang telah ditetapkan oleh BSH adalah dari RM5,999 hingga RM6,499 (harga asas dengan 0% GST).

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) baru sahaja melancarkan model kapcai terbaharu mereka iaitu Honda Dash 125 2018. Model kapcai terbaharu ini telah disempurnakan lagi dengan beberapa ciri-ciri menarik termasuk enjin 125cc baharu.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran cub bersasaran cc besar didapati berkembang pesat, kompetitif dan mencabar berikutan permintaan pelanggan yang kian menggiat.”

“Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk menawarkan nilai baru untuk keseronokan pelanggan, Boon Siew Honda telah menambah baik tawaran model demi memenuhi keperluan para penunggang di Malaysia. Kami faham akan kehendak dan trend terkini di Malaysia. Oleh itu, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Dash 125 baharu yang dijangka menetapkan penanda aras lebih tinggi dalam segmen cub.”

Antara ciri-ciri terbaharu model Honda Dash 125 ini adalah:

1) Enjin 125cc baharu

Sebagai pengganti model Honda Wave Dash yang ditawarkan sebelum ini, BSH telah menambakbaikkan prestasi model terbaharu mereka dengan enjin 125cc satu-silinder SOHC dengan penyejukan udara. Honda Dash 125 mampu menjana 9.86hp pada 8,000rpm dan 9.54Nm tork maksimum pada 6,500rpm. Untuk prestasi unggul dan penjimatan penggunaan bahan api, Honda Dash 125 ini juga telah dipasangkan dengan sistem suntikan bahan api Honda PGM-Fi.

2) Rekabentuk luaran baharu

Mengikut perkembangan terkini, model Dash 125 2018 telah dikemaskini dengan rekaan luaran baharu yang lebih bergaya dan juga dinamik. Lampu utama jenis LED memberi iluminasi dan tahap keselamatan yang lebih baik kepada penunggang di atas jalan raya.

Nilai ekstetika yang lain untuk memberi imej yang lebih ranggi dan agresif adalah pelindung kaki baharu, jalur rim, cermin sisi, dan akhir sekali, rekaan meter serba baharu.

3) Empat pilihan warna

Honda Dash 125 terdapat dalam empat warna menarik iaitu Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black), Merah (Vivacity Red), Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan edisi Repsol.

4) Harga berpatutan dari RM5,999 hingga RM6,499 (harga asas dengan 0% GST)

Terdapat tiga varian berbeza bagi mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Dash 125 terbaharu. Bagi model brek cakera tunggal, harga yang ditawarkan adalah RM5,999. Bagi model brek cakera berkembar, BSH telah meletakkan harga pada RM6,299. Bagi mereka yang meminati dunia MotoGP dan pasukan Repsol Honda, edisi Repsol ditawarkan pada RM6,499 (harga asa 0% GST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

Honda Dash 125 baharu hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Model terbaharu ini juga akan digunakan dalam acara Honda One-Make Race didalam Petronas AAM Malaysia Cub Prix. Dengan itu, BSH telah megemaskini perlumbaan ini dengan nama baharu, Honda Dash 125 Challenge.

Untuk maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]