RM172,000 Untuk Memiliki MGX-21

Anda bukan tersalah baca mahupun mengagak angka tersebut merupakan satu kesilapan sebaliknya itulah harga yang diperkenalkan kepada orang ramai oleh pihak Moto Guzzi Malaysia menerusi Didi Resources dalam majlis pelancaran model MGX-21 yang berlangsung di Gasket Alley, hari ini.

Model MGX-21 merupakan jentera paling futuristik dan canggih pernah dihasilkan Moto Guzzi.

Menampilkan reka bentuk motosikal jenis ‘cruiser’,  MGX-21 dilengkapi pelbagai sistem elektronik dan tidak terkecuali,  hampir setiap bahagian luar motosikal menggunakan karbon!

Bukan itu sahaja,  bagi memastikan sesi tunggangan berlangsung lebih selesa Moto Guzzi telah memuatkan MGX-21 dengan enjin V-Twin bersasaran 1,400 cc (1,380cc) yang mampu menghasilkan 96.6hp pada 6,500 rpm!

Bahagian depan turut menampilkan reka bentuk luar daripada kebiasaan Moto Guzzi namun bagi mereka yang pernah menonton War Of The World lakonan Tom Cruise, ia tidak tumpah seperti rupa mahluk asing yang menyerang bumi!

 

Mungkin jentera MGX-21 turut direka dengan tujuan sama,  cuba menakut-nakutkan jentera motosikal lain dengan kuasa dan rupa bentuk yang garang jadi tidak hairanlah jentera bernilai RM172,000 ini diberi nama ‘The Flying Fortress’!

Jentera yang dilihat layak ditunggangi Batman dalam misi membanteras jenayah ini memiliki teknologi ride by wire,  kuasa enjin boleh laras traction control,  cruise control dan banyak lagi!

Turut mencuri tumpuan,  rim 21 inci yang dilengkapi karbon ‘lenticular’ menjaminkan tunggangan lebih stabil dan tampak futuristik.

Penunggang juga diberi kebebasan sama ada untuk menunggang dengan perlahan,  laju atau laju gila dengan sistem kawalan kuasa enjin – Pioggia (hujan), Turismo (touring), Veloce (Laju).

Anda boleh berkunjung ke Gasket Alley untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.