Daftar SEKARANG Untuk Distinguished Gentleman’s Ride 2018!

  • Acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 akan berlangsung di seluruh dunia pada 30 September 2018.
  • Pendaftaran atas talian kini dibuka dan setakat ini, enam buah bandar di Malaysia telah pun mendaftar.
  • Sudah tiba masa untuk tampil segak dan tunggang jentera klasik anda untuk tujuan amal demi kesihatan kaum lelaki.

Sediakan kemeja sut anda dan tampil dengan penuh segak di Distinguished Gentleman’s Ride 2018 (DGR 2018), yang bakal tiba nanti. Sudah tiba masanya untuk menunjukkan sokongan anda kepada mereka yang memerlukan dengan menunggang jentera vintaj terbaik dan pada masa yang sama berkumpul sesama penunggang segak yang lain pada 30 September 2018 ini!

Pendaftaran atas talian sedunia kini dibuka di laman sesawang www.gentlemansride.com, di mana 85 buah negara di seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam acara satu dalam sejuta yang besar ini, yang telah diadakan saban tahun. Mendokong “Movember Foundaion”, para penunggang tidak kira tua dan muda dijemput bagi membantu meningkatkan kesedaran dan menambah dana untuk menangani kanser prostat dan kesihatan mental.

Ditaja oleh Triumph Motorcycles dan Zenith Watches, matlamat mereka untuk tahun ini adalah untuk meraih sejumlah $5 juta dan lebih daripada 70,000 orang peserta dari 600 buah bandar berbeza di seluruh dunia. Setakat ini, sekitar 9,570 orang telah mendaftar dan DGR 2018 telah pun mengumpul hampir $200,000 (sekitar RM813,500) sejak pendaftarannya dibuka beberapa hari yang lalu.

Di Malaysia, enam buah bandar telah mendaftar diri untuk acara tahun ini, antaranya adalah:

  • Kota Kinabalu
  • Kuala Lumpur
  • Kuching
  • Melaka
  • Miri
  • Sibu

Kami pasti akan ada lagi bandar yang lain yang akan mendaftar dalam masa terdekat memandangkan betapa besarnya konvoi tunggangan ini pada tahun-tahun yang terdahulu, lebih-lebih lagi di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Tunggangan di Kuala Lumpur sahaja telah berjaya meraih dana yang membanggakan, $2,000 (sekitar RM8,000) pada tahun lepas bagi menunjuk sokongan mereka terhadap tahap kesihatan kaum lelaki dan juga pencegahan pembunuhan diri di pentas negara dan antarabangsa.

Jadi, tunggu apa lagi? Layarilah laman sesawang www.gentlemansride.com sekarang untuk mendaftar dan dermalah untuk tujuan amal ini. Marilah kita membantu sesama saudara kita.

Distinguished Gentlemen’s Ride Kuala Lumpur 2017 Menggegarkan Jalan Raya Dengan Penuh Gaya

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]