Sehari Dalam Hidup Juruteknik Superbike Semasa Hari Perlumbaan

  • Telah ada peningkatan permintaan bagi juruteknik superbike, namun jumlah juruteknik yang berkelayakan dalam pasaran tidak mencukupi.
  • TOC Automotive College kini menawarkan sebuah Kursus Juruteknik Superbike yang bertujuan untuk menyediakan juruteknik dengan kelayakan yang sesuai.
  • Dapatkan maklumatnya di sini.
  • Kursus ini termasuklah bekerja dengan pasukan perlumbaan bagi mendapatkan pengalaman yang diperlukan dari senario dunia sebenar.

Kancah perlumbaan motosikal atau mana-mana sukan permotoran ini menjuruskan kepada satu perkara asas: KERJA BERPASUKAN. Penunggang tidak mampu memenangi perlumbaan secara sendirian dan jentera tidak dapat diselenggara ke tahap prestasi optimum tanpa usaha keseluruhan ahli pasukan dan kru.

Di sinilah di mana sekumpulan individu yang berdedikasi memainkan peranan mereka. Dari ketua pasukan, kru pit, ke mekanik perlumbaan dan juruteknik, setiap seorang memainkan peranan yang penting dalam memperoleh keputusan yang sebaik mungkin pada hari perlumbaan.

Bagi juruteknik superbike, tiada perasaan yang dapat menandingi perasaan menyaksikan pelumba motosikal anda melintasi garisan penamat dan berjaya menaiki podium. Di sebalik sambutan kejayaannya, segala usaha yang dilakukan bagi memperoleh keputusan sedemikian buat penunggang anda bagaimana pun tidak bermula malam sebelumnya. Di sini kami jengah sehari dalam kehidupan juruteknik superbike semasa hari perlumbaan.

Setelah seminggu lamanya bersiap sedia sebelum hari perlumbaan, pasukan beserta penunggang dan jentera mereka akan menuju ke litar pda hari Jumaat atau Sabtu bergantung pada format siri perlumbaan. Menyaksikan mereka berfungsi dengan cekap adalah sesuatu yang cukup menakjubkan.

Selepas berhempas pulas melalui sesi latihan dan kelayakan, tiba hari perlumbaan. Pepatah Inggeris ada mengatakan “Calm before the storm”, namun ianya hanya ketenangan yang seketika sebelum jentera perlumbaan dihidupkan dan juruteknik superbike dapat dilihat menyediakan segalanya secara teratur walaupun dengan keadaan yang huru-hara.

Pasukan TOC HKM Racing Team kini sedang bertanding dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 adalah contoh terbaik bagaimana juruteknik superbike dilatih dan membangunkan kemahiran mereka dalam seni perlumbaan motosikal.

Semua ini menjurus kepada satu perkara sahaja; memastikan jentera berada di tahap prestasi optimum buat penunggang. Dari memastikan penggunaan tayar yang betul, melengkapkan pemanas tayar, memeriksa tahap bahanapi dan bendalir, dan yang lain-lain, ianya satu pemandangan yang menakjubkan sebaik sahaja anda menyaksikan jentera berprestasi tinggi sedia untuk memecut laju di laluan lurus dan menjarah selekoh sepantas yang mampu dilakukan oleh penunggang.

Seperti yang anda semua maklum, TOC Automotive College baru-baru ini telah melancarkan Kursus Juruteknik Superbike mereka yang pertama dan sebahagian daripada program itu adalah untuk memastikan bakal juruteknik superbike mereka terlibat dengan perlumbaan motosikal sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka.

Hari perlumbaan bukan sekadar hanya menyediakan jentera perlumbaan untuk bertarung di atas litar tetapi juga menyediakan situasi dunia sebenar buat juruteknik superbike sama ada penyelenggaraan pantas hinggalah penggantian alat ganti kecemasan. Memastikan diri dalam keadaan tenang dalam persekitaran yang tegang pasti akan mendewasakan seseorang itu dan sekiranya mereka dapat mempraktikkan kemahiran mereka dalam senario ini, hasilnya pasti cukup mengagumkan. Inilah yang ingin dicapai TOC Automotive College.

Dengan erti kata lain, pelibatan TOC dalam dunia perlumbaan motosikal akan meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar mereka dalam bidang yang tidak boleh dipelajari dengan bekerja dalam bengkel dan garaj. Kerjasama mereka yang terbaru ini dengan Malaysia Speed Festival juga telah mewujudkan Kursus Kajian Perlumbaan Motor MSF yang akan meningkatkan lagi kesungguhan mereka dalam membawakan yang terbaik buat bakal juruteknik superbike.

Jika anda berimpian untuk menjadi juruteknik superbike yang terbaik, TOC Automotive College menyediakan program terbaik yang sesuai buat sesiapa yang berminat untuk memulakan kerjaya mereka yang berkaitan dengan motosikal sama ada di bengkel mahu pun litar perlumbaan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC, TEKAN SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.