Yamaha Y15ZR Baharu Buat Pemenang Cabutan Bertuah TuneBoss 2018!

  • Sebuah motosikal Yamaha Y15ZR serba baharu telah dihadiahkan kepada seorang pemenang bertuah bagi Peraduan Cabutan Bertuah TuneBoss 2018.
  • Mohd Fairus bin Abd Rahman dari Ipoh telah menyertai peraduan ini apabila dia membeli ECU TuneBoss bagi motosikal Yamaha FZ150i miliknya.
  • Hadiah utama motosikal Yamaha Y15ZR tersebut akan dilengkapkan dan ditala dengan ECU berprestasi tinggi TuneBoss sebelum penyerahan rasmi.

Pada bulan lepas, pakar ECU tempatan, TuneBoss telah mengumumkan Peraduan Cabutan Bertuah TuneBoss 2018 mereka yang amat istimewa, di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR serba baharu. Hari ini kita telah pun mendapat keputusan peraduan tersebut dan pemenang bertuahnya adalah Encik Mohd Fairus bin Abd Rahman!

Pelanggan yang telah membeli mana-mana unit ECU dari TuneBoss layak menyertai peraduan ini dan ratusan penyertaan telah pun diterima. Encik Mohd Fairus yang membeli sebuah unit ECU TuneBoss bagi motosikal Yamaha FZ150i miliknya bagi meningkatkan tahap prestasi keseluruhan jentera telah terpilih sebagai pemenang bertuah dan hari ini, dia adalah pemilik sebuah motosikal super cub Yamaha Y15ZR serba baharu.

Menurut Encik Fairus yang berasal dari Ipoh Perak, ” Saya beli ECU TuneBoss pada bulan Mac tahun ini dari seorang pengedar TuneBoss dan memasangnya pada motosikal Yamaha FZ150i bagi menghasilkan lebih banyak kuasa dan saya berpuas hati dengan hasilnya. Saya telah menunggang motosikal FZ150i tersebut ke Krabi dan Bangkok, jadi, ia ada nilai nostalgia yang besar bagi saya, dan dengan itu, saya tidak akan menjual motosikal tersebut, tetapi, Y15ZR ini akan menjadi tunggangan harian saya mulai hari ini.”

Bagi menjadikannya jauh lebih istimewa, motosikal Yamaha Y15ZR tersebut akan didatangkan dengan ECU berprestasi tinggi TuneBoss dan akan ditala sempurna oleh FSR Technology buat pemenang cabutan bertuah ini. Terlepas peluang kali ini? Jangan risau! Akan ada satu lagi peraduan hujung tahun TuneBoss 2018 dan khabarnya, hadiah utamanya lebih menakjubkan lagi!

Tahniah diucapkan kepada Encik Fairus dan bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk TuneBoss, layarilah laman sesawang rasmi TuneBoss, atau laman FB rasmi TuneBoss.

HLYM Perkenalkan Yamaha Y15ZR 2018 Edisi GP – RM8,588

 

Leave a Reply