FSR Technology Perkenalkan Produk TuneBoss Baharu Sewaktu MotoGP Malaysia 2018

  • TuneBoss telah memperkenalkan produk-produk baharu mereka sewaktu acara MotoGP Malaysia 2018.
  • Produk-produk ini akan meningkatkan potensi prestasi mana-mana motosikal standard.
  • Antara produk-produk ini adalah ECU, quickshifter, pam air elektronik, penyuntik bahanapi, dan pam bahanapi.

FSR Technology, pakar penalaan elektronik dari Malaysia, telah memperkenalkan sebuah rangkaian produk TuneBoss yang baharu sewaktu acara perlumbaan MotoGP Malaysia 2018 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Produk-produk baharu ini adalah:

  1. ECU berprestasi tinggi.
  2. Quickshifter ShiftBoss.
  3. Kit pam air eletrik CoolBoss.
  4. Penyuntik bahanapi perlumbaan.
  5. Kit pengepam bahanapi perlumbaan.

ECU berprestasi tinggi

Terdapat empat buah model yang telah dioptimumkan khusus bagi model Yamaha YZF-R15, Yamaha NMAX 155, Honda CBR250R dan Honda CRF250. TuneBoss akan mengumumkan ECU buat model-model motosikal yang lain berdasarkan platform yang sama pada masa yang akan datang.

Julat harga bagi produk baharu ini dijangka “dalam jangkauan produk yang sedia ada”.

Quickshifter ShiftBoss

Kelengkapan quickshifter telah menjadi barangan pilihan di kalangan kebanyakan penunggang motosikal. TuneBoss mengambil peluang ini dengan memperkenalkan ShiftBoss buat Yamaha YZF-R25 dan Honda RS150R. Tidak seperti kebanyakan quickshifter ‘aftermarket’, ShiftBoss dilengkapi dengan pengesan beban baharu untuk pertukaran gear yang lebih jitu.

Produk ShiftBoss baharu akan dijual seiring dengan model semasa dan berharga antara RM600 hingga RM800.

Kit pam air elektrik CoolBoss

Pam air standard dan tradisional mengharapkan kepada kelajuan enjin bagi mengedarkan pendingin. Oleh kerana itu, kadar aliran mungkin tidak mencukupi, lebih-lebih lagi sewaktu dalam bahang perlumbaan.

Kit pam air elektrik CoolBoss baharu terdiri daripada pam air eletrik tanpa berus baharu dan algoritma pintar bagi mengawal fungsi kipas mengikut beban enjin dan keperluan pendinginan. Fungsi ini akan memanjangkan jangka hayat enjin dan minyak enjin.

Kehilangan parasitik juga boleh dikurangkan. TuneBoss mendakwa bahawa yang kit CoolBoss menambah antara 0.3 hingga 0.5hp sepanjang julat kitaran, selain memberikan penjimatan bahanapi.

Produk ini akan disediakan bagi model Yamaha YZF-R25 bermula dari tahun hadapan. Ia juga akan disediakan bagi model-model yang lain pada masa yang akan datang.

Penyuntik Bahanapi Perlumbaan TuneBoss

Produk ini telah berada di pasaran sejak beberapa bulan yang lalu. Penyuntik 370cc ini membekalkan kadar aliran amat tinggi dengan kawalan ultra-linear.
Penyuntik ini sesuai bagi penggunaan 15 hingga 40hp dan serasi dengan Yamaha Y15ZR (model pertama) dan Yamaha FZ150i MY 2014 dan MY 2016.

Kit Pam Bahanapi Perlumbaan TuneBoss

Produk ini merupakan sistem berintegrasi yang terdiri daripada tangki bahanapi, pam bahanapi, saluran bahanapi dan penyuntik bahanapi. Kit ini telah dibangunkan secara khusus untuk Kategori ‘Open Drag Bike’. Bahanapi perlumbaan dibenarkan bagi kategori ini.

Tangki keluli tahan karatnya mempunyai kapasiti 3 liter dan dirawat khas bagi melawan hakisan bahanapi perlumbaan, seperti ‘Elixir Powered E85R’ atau K2.

Kesimpulan

Ke semua produk tambahan di atas ini serasi dengan ECU keluaran TuneBoss. Ianya telah diuji dalam pelbagai acara perlumbaan ‘drag’ dan di Litar Antarabangsa Sepang sebelum disediakan buat orang ramai.

FSR Technology Sdn. Bhd. boleh dihubungi di:

Alamat: 43 Jalan PJU 1A/18, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
Telefon: 603-7831 5041
Emel: [email protected]
Facebook: FSR Technology

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply