TOC Automotive College Perkenalkan Kursus Superbike Baharu – Pelajari Cara Menjadi Mekanik Superbike Terlatih!

 

  • TOC Automotive College adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam Malaysia bagi mereka yang mempunyai minat untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang automotif.
  • Kini, seiring dengan kursus-kursus berkaitan kereta mereka yang padu, TOC Automotive College telah memperkenalkan satu kursus baharu direka bagi mereka yang mahu mempelajari tentang motosikal superbike.
  • Kolej berkenaan telah bekerjasama dengan “Malaysian Motorcycles & Scooters Dealers Association” bagi membolehkan mereka untuk menawarkan kepada para pelajarnya pekerjaan dengan hampir serta merta sesudah tamat pengajian mereka di salah satu daripada lebih 5,000 ahli persatuan MMSDA tersebut.
  • Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya, atau, TEKAN SINI untuk mendaftarkan diri, atau anak-anak anda untuk menjalani kursus ini.

Mendapatkan mekanik yang bagus untuk menyelenggara motosikal anda adalah salah satu perkara yang paling merunsingkan seorang pemilik kenderaan. Tersalah pilih mekanik pasti akan menyebabkan penyelenggaraan motosikal anda bertukar menjadi satu mimpi ngeri, dan sudah pasti akan menelan belanja yang besar.

Sejujurnya, ianya bukanlah senang untuk berjumpa dengan mekanik yang berkelayakan serta cekap terlatih. Ianya bukan sahaja sukar bagi kita pemilik kenderaan, tetapi juga bagi pemilik bengkel.

Kekosongan itulah yang ingin diisi oleh TOC Automotive College, dan ia telah mengambil langkah pertamanya baru-baru ini dengan menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan “Malaysian Motorcycle and Scooter Dealers Association” (MMSDA). Melalui kerjasama ini, para pelajar yang telah menjalani Kursus Juruteknik Superbike TOC akan mendapat tempat kerja hampir serta merta di salah sebuah di antara 5,000 buah bengkel ahli MMSDA. Setelah menghabiskan ribuan Ringgit Malaysia untuk pengajian, jaminan ini pasti menjadikan kursus yang ditawarkan ini amat menggiurkan.

Pemeteraian perjanjian ini juga berkait terus dengan program “Bina Bakat” TOC. TOC menyedari akan adanya individu-individu di luar sana yang mempunyai minat mendalam terhadap teknologi automotif namun malangnya tidak mampu menanggung kos pengajian. Oleh dengan itu, para pemohon yang berjaya akan menjalani latihan dengan pembiayaan sehingga 100% sehingga mereka mula bekerja.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TOC, Adelaine L.K Foo, baru-baru ini telah berucap, ” Seiring dengan pembangunan pasaran kenderaan empat roda, patut ada kecekapan setara melalui peningkatan kemahiran dalam pasaran motosikal, yang juga menyumbangkan sejumlah besar daripada industri automotif.”

“Salah satu daripada cabaran yang telah saya temui, yang mana saya faham benar sebagai seorang ibu bapa, adalah beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa tunggal dalam membiayai pengajian tinggi anak-anak mereka,” tambahnya lagi. “Melalui kerjasama ini, salah satu objektif utama kami adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan pada masa yang sama, meningkatkan lagi kualiti pendidikan tinggi.”

Pengerusi MMSDA, Encik Wee Hong, pula berkata, “Sokongan terhadap program ‘Bina Bakat’ telah meningkatkan peluang bagi industri kami untuk mendapat capaian yang lebih baik kepada bakat berkemahiran yang berkualiti, sesuatu yang agak jarang ada sebelum ini.”

Dia kemudiannya menambah, “MMSDA dan TOC berkongsi minat dan dedikasi yang sama dalam mengecapi kecemerlangan dalam industri motosikal. Melalui kerjasama ini, bukan sahaja kita akan mendapat fasiliti yang dikemaskini dan dipertingkatkan untuk lebih sesuai untuk pembelajaran, tetapi juga meningkatkan kadar pengambilan pekerja yang berkelayakan dan berkemahiran di kalangan ahli dan rakan kongsi kami.”

Kursus Juruteknik Superbike ini adalah selama 18 bulan dengan tiga tahap akademik dan peluang pembangunan kerjaya. Para pelajar akan didedahkan dengan pengalaman dunia sebenar ketika latihan industri dengan para rakan kerjasama TOC sewaktu kursus berkenaan.

Adelaine menekankan kepentingan menghantar para pelajar bagi menjalani latihan industri, “Kami tidak boleh, sebagai contoh, mempunyai seorang pelajar yang mendapat ijazah dalam semua aspek kejuruteraan automotif dan penyelenggaraan, tetapi sekali pun tidak pernah memegang spanar.”

Ianya satu berita yang baik bagi para pemilik motosikal di seluruh Malaysia kerana kita bakal mempunyai para mekanik yang berpenglaman dan terlatih dalam mengendalikan jentera kesayangan kita.

Permohonan bagi kumpulan pertama Kursus Juruteknik Superbike telah dibuka bagi masukan pertama pada bulan Julai 2018. Sila layari laman sesawang rasmi TOC Automotive College, atau laman Facebook rasmi TOC Automotive College bagi mendapatkan maklumat yang lanjut, atau TEKAN SINI sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai kursus ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]