- Harley-Davidson telah melancarkan kempen “Passport to Freedom”.
- Bakal pemilik motosikal Harley-Davidson boleh menikmati rebat sehingga RM2,600 apabila mereka membeli motosikal baharu dari sekarang sehingga 30 September 2018.
- Insentif-insentif ini akan membantu pemilik motosikal baharu dalam pembiayaan lesen ‘B Full’ mereka, barangan, kelengkapan, aksesori, dan kos keahlian H.O.G.
Harley-Davidson Malaysia baru sahaja melancarkan kempen “Passport to Freedom” mereka yang pertama. Bermula sekarang hingga 30 September 2018, pemilik baru motosikal Harley-Davidson boleh menikmati pelbagai rebat hebat yang dapat membantu mereka memilik lesen ‘B Full’ mereka, kos latihan, dan sebagainya.
Menurut Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan, Asia Emerging Markets, Harley-Davidson, “Passport to Freedom adalah sebuah program yang meraikan satu mercu tanda permotosikalan peribadi seorang penunggang. Seiriang dengan pendirian kama, kebebasab untuk semua, kami telah memberikan insentif buat penunggang yang mengambil langkah ke arah pemilikan dan penunggangan motosikal berkapasiti tinggi dengan membantu membiayai kos latihan mereka melalui rebat yang kami sediakan.
Rebat sehingga RM2,600 ($650) akan disediakan kepada semua pemilik motosikal Harley-Davidson yang baharu sehingga 30 September 2018, di mana ia dapat membantu dalam menangani kos untuk latihan dan pemilikan lesen ‘B Full’ mereka. Rebat ini juga dapat membantu dari segi mengimbangi kos yang dikeluarkan untuk memiliki barangan H-D MotorClothes®, pengkhususan kelengkapan dan aksesori, dan kos keahlian seumur hidup H.O.G.® (Harley Owners Group).
Pelanggan yang berminat untuk menyertai program “Passport to Freedom” ini hanya perlu mengikuti tiga langkah yang teramat mudah ini:
- Dapatkan lesen motosikal besar: Dapatkan lesen motosikal “B Full” diantara 1 Januari 2018 hingga 30 September 2018.
- Pilih sebuah motosikal: Pilih daripada satu senarai motosikal dan belinya sebelum 30 September 2018.
- Nikmati rebat tersebut: Terima rebat sehingga $650 (RM2,600) untuk kos latihan, atau guna dana tersebut untuk mendapatkan H-D MotorClothes®, pengkhususan kelengkapan dan aksesori, serta kos keahlian seumur hidup H.O.G®.
Sebagai bonus tambahan, bagi mereka yang mendaftar di atas talian di https://register.harley-davidson.com/Passport-To-Freedom-en_AP, juga akan memperolehi kulit penutup pasport Harley-Davidson edisi terhad, sementara stok masih ada.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungilah mana-mana pengedar sah Harley-Davidson yang terletak di Petaling Jaya (The Gasket Alley), Penang (Auto City), dan Melaka (Taman Kota Laksamana).
Harley Davidson Memindahkan Pengeluarannya Dari Amerika Syarikat