Juruteknik Superbike Bertauliah Diperlukan!

  • Semakin banyak juruteknik superbike bertauliah yang diperlukan pada waktu ini kerana kehadiran pelbagai model motosikal di Malaysia.
  • TOC Automotive College telah membangunkan secara khas sebuah program bergelar “Kursus Juruteknik Superbike” bagi memenuhi keperluan ini.
  • Kursus TOC ini meliputi tiga tahap akademik dan penbangunan kerjaya, dan kelayakan mininum bagi memohon untuk kursus 18 bulan ini adalah lulus Tingkatan 3.

Arena motosikal di Malaysia telah berkembang dengan pesat saban tahun, dengan lebih banyak motosikal pelbagai model dan kapasiti muncul di atas jalan raya, dan juga pelbagai motosikal superbike dari pelbagai pengeluar yang telah diperkenalkan dalam masa yang singkat.

Dan oleh kerana itu, keperluan bagi juruteknik superbike yang berkelayakan dan bertauliah adalah lebih penting pada waktu ini. Bagi memenuhi keperluan itu, TOC telah membangunkan secara istimewa yang diberi nama Kursus Juruteknik Superbike bagi membantu dalam apa yang boleh dipanggil sebagai sebuah industri yang sedang berkembang pesat.

Kursus Juruteknik Superbike TOC ini meliputi tiga tahap akademik dan pembangunan kerjaya, dan kelayakan mininum untuk memohon untuk kursus 18 bulan ini adalah lulus Tingkatan 3, yang mana ia mengandungi latihan industri bersama dengan rakan industri TOC. Tahap ini terdiri:

Tahap 1:

  • Keselamatan bengkel motosikal.
  • Aplikasi pengajian.
  • Kerja besi asas dan pengenalan kepada teknologi motosikal.
  • Sistem penjanaan kuasa (enjin).
  • Membaiki dan penyelenggaraan sistem pencucuhan dan bahanapi motosikal.
  • Latihan industri.

Tahap 2:

  • Membaiki dan Menyelenggara sistem enjin motosikal.
  • Sistem transmisi kuasa.
  • Casis – sistem stereng dan suspensi.
  • Casis – Sistem pembrekan.
  • Penyelenggaraan dan penjagaan motosikal.
  • Latihan industri.

Tahap 3:

  • Sistem elektrikal motosikal.
  • Pengujian prestasi dan kebolehpanduan.
  • Membaik pulih sistem transmisi kuasa.
  • Membaik pulih enjin.
  • Peperiksaan akhir – Program elektif bagi jenama motosikal terpilih.
  • Latihan industri.

Selain itu, sebaik sahaja selesai mengikuti kursus tiga tahap ini, peluang kerjaya akan tersedia dalam lapangan industri pengeluaran motosikal, kilang pemasangan motosikal, kedai alat ganti motosikal, wakil pengedar motosikal, bengkel motosikal, atau, anda boleh sahaja bengkel motosikal anda yang sendiri.

Berminat? sila rujuk carta alir di bawah untuk melihat prosesnya dari permulaan perjalanan anda untuk menjadi Kursus Juruteknik Superbike bersama TOC!

Proses Kursus Juruteknik Superbike TOC:

Kos Kursus Juruteknik Superbike TOC pada setiap tahap:

TOC juga ada menyediakan pinjaman pendidikan bagi mereka yang menyertai Kursus Juruteknik Superbike, yang mana anda boleh dapat maklumatnya di https://www.toc.edu.my/toc-bina-bakat-program/, atau menghantar emel ke [email protected] TOC ini terletak:

Jadi, apa yang anda tuggu lagi? Sekiranya ianya impian anda untuk mempunyai kerjaya dalam bidang perkhidmatan motosikal, atau anda ingin memulakan perniagaan bengkel motosikal anda sendiri, inilah platform yang sempurna bagi memulakan langkah anda ke arah mencapai impian anda. Jangan tunggu lagi, ketahuilah dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC di www.toc.edu.my , atau hubungi talian (+603) 7960 8833 untuk maklumat selanjutnya.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.

Pelajari Cara Menjadi Juruteknik Superbike Bertauliah Di TOC Automotive College