Harley-Davidson Petaling Jaya Umumkan Harga 0% GST

  • Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengkaji semula harga motosikal mereka.
  • Harga baharu ini sudah pasti menjadikan motosikal Harley lebih menarik.
  • Wakil pengedar rasmi Harley-Davidson juga akan dibuka di Pulau Pinang dan Melaka.

Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengumumkan harga motosikal Harley-Davidson dengan 0% GST.

Baru-baru ini kami telah melawat wakil pengedar Harley-Davidson yang baru dibuka dan mendapati bahawa mereka telah mengkaji semula harga baru bagi motosikal, alat ganti, dan upah buruh, menjadikan motosikal-motosikal Harley tersebut lebih mudah untuk dimiliki berbanding sebelumnya. (Tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut.)

Harley-Davidson Petaling Jaya: Motosikal Hebat Yang Sama, Kini Lebih Berpatutan

Dan kini, dengan kadar GST sifar yang akan berkuatkuasa nanti, ianya pasti lebih mengujakan, kerana ianya bukan sahaja untuk motosikal baharu, tetapi juga untuk aksesori, alat ganti, dan juga penyelenggaraan.

Sila rujuk senarai di bawah untuk harga-harga barunya. Namun, sila abaikan kesalahan ejaan “Tarikh kuatkuasa bermula 1 Januari 2018”. Harga-harga baharu ini akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 sehinggalah notis selanjutnya, bergantung kepada keputusan Kementerian Kewangan untuk bertukar kembali ke SST.

Kami ingin menumpukam perhatian anda kepada beberapa buah model.

TOURING

Harley-Davidson adalah perintis bagi motosikal touring yang kita lihat hari ini, jadi sudah pasti mereka akan meneruskan tradisi itu.

  • Ultra Limited terdiri daripada tiga varian. Harga bermula dari RM206,300.
  • Bagi versi Bagger untuk motosikal Electra Glide pula, digelar Street Glide, harga bermula dari RM174,700.
  • Terdapat juga sebuah model Street Glide baharu, dengan harga bermula dari RM174,700.
Harley-Davidson Road Glide

SOFTAIL

Rangkaian Softail terdiri motosikal yang telah direka untuk impak visual maksimum, namun perlu diingatkan juga yang motosikal Softail baharu telah dibina untuk prestasi, penunggangan dan keselesaan yang lebih baik.

  • Street Bob baharu bermula dari RM107,200.
  • Model Breakout yang renek dan panjang bermula dari RM143,600 (model 107 c.i.)
  • Model Fat Boy yang ikonik telah diubahsuai tetapi masih mengekalkan rupa paras sebuah Fat Boy. Harga akan bermula dari RM138,300 bagi model 107 c.i.
Harley-Davidson Softail Breakout

SPORTSTER

Rangkaian Sportster Harley senantiasa menjadi pilihan di kalangan penunggang baharu, wanita dan mereka yang pentingkan prestasi. Harga baharunya juga amat menggiurkan.

  • Harga bagi model Iron 883 bermula dari RM81,200.
  • Varian teramat popular, Forty-Eight, pula bermula dari RM92,800. Terdapat juga model Forty-Eight Anniversay yang bermula dari RM99,800.
Harley-Davidson Sportster Forty-Eight

CVO

Tidak ketinggalan, model CVO, singkatan bagi ‘Custom Vehicle Operations’, yang bermakna ianya motosikal buatan khas istimewa pengilang. Terdapat empat buah model bagi 2018:

  • CVO Ultra Limited, bermula dari RM 328,900.
  • CVO Ultra Limited Anniversary, dari RM 353,300.
  • CVO Street Glide, dari RM 285,100.
  • CVO Road Glide, juga dari RM 285,100.
Harley-Davidson Ultra Limited CVO

Jadi, dengan fokus terhadap selepas jualan dan pengetahuan pelanggan yang telah dipamerkan Harley-Davidson Petaling Jaya, inilah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah motosikal Harley-Davidson.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply