Shell Umumkan Promosi Bersama Dengan MasterCard Buat Tahun Ke-4 Bagi Membantu Anak-Anak Kurang Bernasib Baik

Dalam kita menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, kita diajak untuk banyak melakukan amal, membantu yang kurang bernasib baik. Dan di sini, Shell ingin mengajak anda semua warga Malaysia untuk membantu meringankan beban anak-anak yang kurang bernasib baik ini melalui “Shell Raya Charity Campaign 2018“. Kini dalam tahun ke-4nya, inisiatif ini telah dipanjangkan selama 9 hari, dengan sumbangan tambahan sehingga 2 sen (RM0.02) bagi setiap liter minyak yang dipam dengan menggunakan kad MasterCard.

19 Mei, 26 Mei, 2 Jun dan 9 hingga 14 Jun 2018, Shell akan menderma 1 sen (RM0.01) bagi setiap liter minyak yang dipam di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara. Derma tambahan sebanyak 1 sen (RM0.01) per liter akan dibuat oleh MasterCard apabila pengguna membayar menggunakan MasterCard mereka.

“Misi Shell adaah untuk menjadikan perjalanan hidup yang lebih baik buat ke semua rakyat Malaysia, dengan menawarkan bahanapi berkualiti tinggi dan memberikan impak positif dalam komuniti. Kanak-kanak adalah masa depan negara kita, dan kami ingin membantu mereka yang memerlukan bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya. Melalui sokongan warga Malaysia sejak tiga tahun yang lalu, kami telah berjaya membawa perbezaan dalam kehidupan lebih daripada 5,200 orang kanak-kanak kurang berkemampuan,” kata Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Perry Ong, Pengarah bagi negara Malaysia dan Brunei, MasterCard turut meluahkan rasa yang sama,”MasterCard berasa amat berbesar hati dapat berkerjasama dengan Shell dalam sebuah kempen yang berbakti semula kepada masyarakat sewaktu ssalah satu musim perayaan utama di Malaysia. Inisiatif ini menggambarkan komitmen MasterCard dalam mendokong tujuan murni seperti pembangunan kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada usaha global, ‘Priceless Causes’, yang menggandingkan rakan usaha dan pemegang kad dalam melakukan amal kebajikan. Sumbangan derma akan memainkan peranan dalam membantu membekalkan makanan di sekolah sebagai satu sumber zat yang penting untuk kesihatan kanak-kanak. Selain itu, pemegang kad juga boleh membuat sumbangan kebajikan melalui ‘MasterCard Donations Platform’, sebuah platform digital yang membolehkan pengguna untuk menyumbang dengan mudah dan selamat.

“Shell Charity Raya Campaign” tertumpu pada pembinaan kapasiti buat kanak-kanak kurang bernasib baik sejak permulaannya pada tahun 2015. Atas kemurahan hati dan sokongan para pengguna di Malaysia, sumbangan mereka telah membolehkn badan-badan kebajikan untuk membiaya program pendidikan, mengubah suai fasiliti, dan mengemaskini kelengkapan pejabat.

Untuk tahun ini, dana akan disumbangkan kepada tujuh buah badan kebajikan terpilih di seluruh negara: The Kalsom Movement (seluruh negara), Yayasan Chow Kit (Lembah Klang),Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Pantai Timur, Utara, Selatan), Project T.R.Y (Transforming Rural Youth, Sabah), Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak, Montfort Youth Training Centre (Sabah), dan HAUS (Sarawak).

Setiap sumbangan bermakna, dan para pengguna dijemput untuk mengambil bahagian dalam inisiatif yang telah bermula dari 19 Mei 2018 dengan hanya mengisi semula di mana-mana stesen Shell di seluruh negara. Pastikan anda mengisi semula pada tarikh-tarikh 26 Mei, 2 Jun, 9 hingga 14 Jun 2018 bagi menyumbang untuk tujuan murni ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.shell.com.my/CSR

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.