Pusingan 1 MSC 2018: Azlan Shah Berjaya Menduduki Petak Pertama

 

  • Azlan Shah Kamaruzaman akan memulakan pusingan pertama bagi Malaysia Superbike Championship (MSC) 2018 yang akan berlangsung esok (Ahad, 13 Mei 2018) di Petak Pertama.
  • Menunggang bagi pasukan Chia PJ Kawasaki Racing, Azlan menunjukkan prestasi hebat sepanjang sesi kelayakan.
  • Penunggang berusia 33 tahun itu telah mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan di atas jentera Kawasaki Ninja ZX-10R pasukan Chia PJ.


Azlan Shah Kamaruzaman, bersama dengan pasukan Chia PJ Kawasaki Racing telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sewaktu sesi kelayakan pertama dalam pusingan pertama Malaysia Superbike Championship (MSC) 2018 pada awal hari ini (Sabtu, 12 Mei 2018). Dia berjaya mendapat Petak Pertama yang pertama bagi musim ini selepas hanya seminggu di atas jentera Kawasaki Ninja ZX-10R.

Selepas menetapkan catatan masa yang pantas sewaktu sesi latihan, Azlan Shah terus mengekalkan prestasinya sewaktu sesi kelayakan dengan menetapkan masa 2:09.493 yang menakjubkan yang mana juga merupakan satu-satunya penunggang dengan catatan masa di bawah paras 2:10.

Di tempat kedua adalah salah seorang penunggang terkemuka negara, Mohd Ramdan Rosli. Menunggang bagi pasukan yang baru sahaja ditubuhkan, TOC HKMTOYO Racing Team, Dia akan memulakan perlumbaan hari ini dari tengah barisan hadapan di atas jentera yang amat berdaya saing, BMW S 1000 RR.

Penunggang berusia 22 tahun itu akan berdepan dengan saingan hebat daripada penunggang di Petak Pertama dan juga penunggang motosikal terpantas India, Rajini Krishnan K. Untuk kali ini Rajini bersama dengan pasukan Rajini’s Academy of Competitive Racing (RACR) akan mengemudi jentera Yamaha YZF-R1 di tempat ketiga di atas grid.

Adakah Chia PJ akan dapat mengekalkan dominasi mereka pada tahun ini? Daptkah Azlan Shah menangkis serangan antara penunggang paling berdaya saing dalam siri perlumbaan ini? Akan diadakan dia perlumbaan bagi setiap kategori esok (Ahad, 13 Mei 2018) dan mereka akan memulakan perlumbaan dari jam 9.15 pagi hingga 4.50 petang. Masuk ke Main Grandstand adalah PERCUMA!

Pusingan 1 Malaysia Superbike Championship 2018 Berlangsung Hujung Minggu Ini!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]