Pusingan 1 Malaysia Superbike Championship 2018 Berlangsung Hujung Minggu Ini!

Sumber imej: BMW Motorrad
  • Pusingan pertama bagi ‘Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018″ (MSC 2018) akan berlangsung pada hujung minggu ini dari 11 hingga 13 Mei 2018.
  • Ramai penunggang akan bersaing untuk kejohanan tahun ini termasuklah juara tahun lalu, Muhammad Farid Badrul Hisam.
  • Peserta baru lain yang menarik adalah Azlan Shah bersama Chia PJ Kawasaki dan TOC Automotive College.

Beberapa hari selepas berlakunya satu peristiwa yang amat bersejarah bagi negara Malaysia, siri perlumbaan motosikal kebangsaan, iaitu Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) telah sedia untuk bermula pada hujung minggu ini. Dari 11 hingga 13 Mei 2018, pusingan pertama MSC 2018 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Sumber imej: BMW Motorrad

 

Juara tahun lalu, Muhammad Farid Badrul Hisam akan mempertahankan kejuaraan pada tahun ini. Dia telah memenangi kejohanan tahun lalu dengan enam kemenangan daripada sepuluh perlumbaan dan tiga penamat atas podium di atas jentera BMW S 1000 RR yang telah dibekalkan oleh HKM Times Bike Racing Team.

Sumber imej: BMW Motorrad

Untuk kali ini, HKM telah bekerjasama dengan TOC Automotive College dan Most Fun Gym (MFG) milik Oh Kah Beng untuk bersaing pada musim ini dengan jentera Kawasaki Ninja ZX-10R. Pasukan dan kerjasama baru ini adalah sebahagian daripada Kursus Juruteknik Superbike terbaru TOC yang telah dilancarkan pada minggu lalu.

Salah seorang penunggang paling terkenal dalam arena perlumbaan negara juga akan bertanding pada musim ini dalam MSC. Azlan Shah Kamaruzaman telah menyertai pasukan Chia Motor PJ Kawasaki Racing Team yang akan menyaksikannya bersaing dalam kelas Superbike dengan jentera Kawasaki Ninja ZX-10R mereka.

Ujian pertama mereka telah diadakan dengan jayanya pada hujung minggu sewaktu Kawasaki Track Day 2018. Azlan juga akan merebut peluang ini untuk bersaing dalam MSC musim ini sebagai latihan dan persediaan untuk kelas Superbike pertama seadanya dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) tahun hadapan.

Peminat dan penggemar akan dapat menyaksikan perlumbaan ini secara percuma kerana Main Grandstand terbuka untuk semua. Pada hari Sabtu (12 Mei 2018), latihan dan sesi kelayakan akan berlangsung dari jam 11.45 pagi hingga 5.30 petang.

Bagi hari Ahad pula, jadual perlumbaannya adalah seperti berikut:

Super 250 (Race 1) – 9.15am
Supersport (Race 1) – 10.15am
Superbike (Race 1) – 11.15am
Superstock (Race 1) – 12.15pm
Super 250 (Race 2) – 1.15pm
Supersport (Race 2) – 2.15pm
Superbike (Race 2) – 3.15pm
Superstock (Race 2) – 4.15pm

Azlan Shah Sertai Chia Motor PJ Untuk MSC 2018

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]