Gambar Intipan KTM 1290 Super Duke GT 2019 Tersebar!

  • Lagi gambar intipan motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah dimuatnaik ke atas talian.
  • Motosikal Super Duke GT yang baru ini dilihat dengan bahagian hadapan yang dirombak semula dan lampu hadapan yang cukup tidak asing dengan keluarga 1290.
  • Motosikal KTM Super Duke GT 2019 ini dijangka akan dilancarkan sewaktu acara EICMA 2018 pada bulan November akan datang.


Pada penghujung tahun 2017 yang lalu, telah mula tersebar gambar-gambar intipan bagi motosikal KTM 1290 Super Duke GT yang terbaru di atas talian. Kini, lebih banyak gambar yang telah muncul, yang menandakan bahawa motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 yang baru ini akan mula dikilangkan.

Melihat pada gambar intipan baru yang telah diperolehi oleh MCN, perubahan fizikal terbesar yang dibuat pada motosikal 1290 Super Duke GT terbaru ini adalah bahagian hadapan yang telah dirombak semula, dan ia kelihatan lebih lebar. Ia merumahkan lampu hadapan yang juga boleh didapati pada motosikal Super Adventure dan Super Duke R.

Terdapat juga penghadang angin yang telah diperkemaskini, yang mana ianya lebih tinggi dan besar dari model semasa. Bersama dengan lampu hadapannya yang ranggi itu, ia pasti akan dapat membantu motosikal Super Duke GT ini membelah angin dengan lebih mudah dan memberikan tahap aerodinamik yang lebih baik bagi perjalanan jarak jauh.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian motosikal KTM 1290 Super, motosikal GT ini telah sekian lama menantikan kemaskini secara besar-besaran. Berbanding dengan model lain seperti KTM 1290 Super Adventure dan motosikal KTM 1290 Super Duke R, model GT ini amat memerlukan beberapa buah kemaskini, lebih-lebih lagi bagi kelengkapan elektroniknya. Salah satu kemaskini yang dijangka adalah skrin TFT berwarna yang cantik dari KTM.

Terdapat juga beberapa perbezaan pada bahagian casisnya, beserta dengan beberapa tambahan kelengkapan karbon fiber, tetapi, penjana yang akan menguasakan jentera baru ini dikatakan masih lagi enjin V-Twin 1,301cc yang sama, namun, kami pasti yang ianya juga akan dikemaskini bagi memastikan model GT ini berada selangkah di hadapan.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, motosikal KTM 1290 Super Duke GT ini dijangka akan membuat kemunculan sulungnya pada hujung tahun ini. Ia mungkin sekali akan diperkenalkan sewaktu acara pertunjukan motosikal tahunan, EICMA 2018 di Milan pada bulan November yang akan datang. Apa yang dapat kita lakukan hanya menunggu ketibaannya nanti.

KTM MY RIDE Perkenalkan Kemaskini Navigasi Untuk Skrin TFT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]