KTM MY RIDE Perkenalkan Kemaskini Navigasi Untuk Skrin TFT

  • KTM MY RIDE telah memperkenalkan kemaskini navigasi serba baru bagi model 2017 mereka yang dilengkapi dengan skrin TFT.
  • Penambahan terbaru bagi aplikasi MY RIDE mereka kini boleh dipaparkan di atas konsol bagi model KTM 1290 Super Adventure S/R.
  • Dengan kemaskini terbaru ini, pemilik KTM kini boleh menikmati muzik, menjawab panggilan telefon, dan pandu arah tanpa menggunakan sebarang peranti luaran.

Ingin memiliki sebuah sistem navigasi yang amat kemas dan berguna buat motosikal KTM 1290 Super Adventure S dan/atau R anda yang baru? Ini hari bertuah anda kerana KTM telah mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan satu kemaskini yang serba baru bagi aplikasi MY RIDE mereka yang mana membolehkan para penunggang memaparkan navigasi selekoh-ke-selekoh di atas paparan skrin TFT motosikal.

KTM juga telah mengatakan yang kemaskini ini akan dimuatnaik pada mana-mana model 2017 ke atas yang baru, yang mana ianya datang sedia dengan skrin TFT mereka yang teramatlah mempersonakan. Dan, yang terbaik sekali, kemaskini navigasi yang baru ini boleh dimuatnaik tanpa sebarang caj tambahan (dengan syarat anda telah pun memilih untuk memiliki pakej aplikasi MY RIDE sewaktu anda membeli motosikal berkenaan).

Setakat ini, model KTM yang mempunyai skrin TFT yang baru ini adalah model KTM 125 dan 390 Duke, 1290 Super Duke R, 1290 Super Adventure S dan R, dan juga model 790 Duke. Buat masa ini, model-model yang terdapat di dalam Malaysia adalah 390 Duke, 1290 Super Adventure S dan R bersama dengan model 1290 Super Duke R (Nota: Navigasi hanya boleh dipaparkan di atas model 1290 Super Adventure).

Digandingkan dengan set Bluetooth, para penunggang dapat menggunakan aplikasi MY RIDE ini secara menyeluruh sama ada untuk menikmati muzik, membuat atau pun menerima panggilan, dan kini, navigasi tanpa menggunakan modul GPS luaran atau memaut telefon pintar yang anda sayangi di atas palang pemegang bagi menunjukkan ke mana sahaja yang ingin anda tuju.

Rangkaian Motosikal KTM 1290 Super

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.