“Keluarga R nineT Kini Telah Lengkap” – BMW Motorrad

BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model.
Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT.
Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.


Laporan tahunan terkini BMW Motorrad telah menyatakan bahawa rangkaian Heritage mereka yang terdiri daripada lima buah model R nineT yang berbeza telah pun ‘lengkap’. Ini juga bermakna bahawa tiada lagi tambahan motosikal retro dalam keluarga tersebut yang telah pun terdiri daripada model R nineT standard, R nineT Pure, R nineT Racer, R NineT Scrambler, dan R nineT Urban G/S.

Ada pihak yang telah sedang menantikan kehadiran versi Bobber bagi model R nineT ini namun ia tampak seperti BMW Motorrad telah berpuas hati dengan rangkaian yang ada pada masa ini. Kami andaikan yang fokus mereka pada waktu ini adalah pada sesuatu yang lebih besar dan baik lagi.

BMW Motorrad juga telah melaporkan peningkatan positif dalam jualan bagi permulaan tahun 2018, di mana mereka dengan jayanya menjual 18,627 buah model kepada pelanggan di seluruh dunia. Berbanding dengan jumlah tahun lalu, mereka telah menyaksikan peningkatan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama untuk tahun 2018.

Keberadaan pengeluar ini di Malaysia juga agak positif. Mereka baru-baru ini telah membuka satu bilik pameran yang baru di Seremban, Negeri Sembilan, pada bulan lalu. Acara BMW Motorrad Night Fuel 2018 yang telah diadakan baru-baru ini juga telah menyaksikan lebih daripada 1,000 pemilik motosikal berkumpul di Putrajaya awal bulan ini.

Ini adalah satu permulaan tahun yang hebat buat BMW Motorrad. Persoalannya kini adalah bila dan apa yang akan mereka lancarkan selepas ini. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya.

BMW Motorrad Perkenalkan Casis Cetakan 3D BMW S 1000 RR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.