Tunggangan Pertama: Motosikal 185cc Sym VF3i 2018

 

  • Motosikal 185cc Sym VF3i 2018 yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh Sym Malaysia merupakan motosikal kapcai atau moped dengan kapasiti terbesar di dunia.
  • Enjin empat lejang, SOHC, sejukan cecair, satu silindernya itu dikatakan mampu menghasilkan sehingga 17.7hp dan 15.3Nm tork.
  • Bagi mereka yang berminat untuk memilikinya boleh mendapatkannya pada harga pengenalan serendah RM7,988 (harga asas tidak termasuk GST).

Semalam, pelancaran sebuah motosikal baru oleh Sym Malaysia telah menarik perhatian ramai penggemar motosikal di Malaysia. Motosikal terbaru yang menjadi tumpuan ramai tersebut adalah motosikal kapcai berkapasiti 185cc yang pertama dalam dunia, Sym VF3i 2018. Kapasiti 185cc motosikal ini menjadikannya motosikal kapcai pengeluaran berkapasiti terbesar dunia.

Namanya sendiri merujuk kepada kod model motosikal berkenaan, tetapi, pada masa yang sama, Sym Malaysia telah menggunakan mainan kata dan memasarkan huruf VF sebagai “Viciously Fast”. Dengan enjin empat lejang, SOHC, sejukan cecair, satu silinder, 185cc, harapan yang besar telah tergalas pada motosikal ini.

Sym Malaysia telah menganjurkan satu sesi tunggang uji yang ringkas bagi ahli media dan juga wakil pengedar bagi merasai sendiri kehebatan motosikal tersebut, bersama dengan dua buah skuter yang baru mereka lancarkan, Sym Cruisym 250i 2018 dan skuter 125cc, Sym Jet 14 2018. Kami berasa agak ragu-ragu pada mulanya, namun, tanggapan pertama kami ternyata agak positif.

Pertama sekali, reka bentuk motosikal ini cukup cantik sekali. rupa bentuk yang seimbang antara keagresifan masa kini dengan garisan yang mengalir lancar berpotensi mendapat sambutan hangat di kalangan golongan warganegara Malaysia yang lebih muda, yang inginkan sesuatu yang berlainan daripada apa yang sering ditawarkan oleh pengeluar gergasi dari Jepun.

Untuk penunggangannya pula, motosikal ini terasa cukup bagus tindak balasnya di dalam kompaun lot parkir Hotel Equatorial Pulau Pinang. Ini bermakna yang motosikal VF3i ini adalah tunggangan yang agak selesa dalam ruangan yang kecil, atas jasa pengendaliannya yang lincah. Agihan kuasa enjin 185ccnya yang menghasilkan 17.7hp dan 15.3Nm tork itu terasa amat berpatutan dan menggunakan tiga gear yang pertama daripada transmisi manual enam kelajuannya itu cukup menyenangkan.

Namun, ruangan lot parkir yang kecil itu membantutkan sebarang harapan untuk menguji kelajuan tertinggi, beserta keteguhan dan keseimbangannya sewaktu menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi. Kami akan perlu mengambil motosikal ini pada masa yang akan datang untuk menunggang ujinya dengan lebih teliti. Gearnya ada terasa seperti agak keras namun ianya mungkin sekali akan hilang setelah motosikal ini berjalan lebih jauh.

Kami juga agak takjub dengan fakta yang motosikal VF3i didatangkan dengan tangki bahanapi sebesar 7 liter. Ianya agak besar berbanding motosikal kapcai atau ‘underbone’ yang ada dalam negara ini, yang juga bermakna ianya berkebolehan untuk merentasi jarak yang lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk isian semula. Breknya pula, mengambil sedikit masa untuk diserasikan namun ianya terasa hebat dan pembrekan yang keras menampilkan hentian yang pantas, lancar, dan terkawal.

Dalam satu sesi tunggang uji yang singkat, inilah yang dapat kami sampaikan tentang motosikal Sym VF3i 2018 terbaru ini. Sebaik sahaja kami mendapatkan motosikal ini untuk tunggang uji yang sebenar, kami akan mendedahkan lagi segala-galanya mengenai motosikal kapcai 185cc pertama dunia ini. Harap tuan-tuan dan puan-puan bersabar.

Skuter Sym Cruisym 250i Dan SYM Jet 14 2018 Diperkenalkan – Dari RM6,688

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply