Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
- Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita.
- Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal.
- Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Ianya sentiasa menggembirakan sekiranya terserempak dengan penunggang lain di atas jalan raya, dan ianya bertambah mengujakan lagi jika ianya penunggang wanita, “Bukan sekadar pembonceng, tetapi penunggang motosikalnya sendiri,” Itulah yang telah diucapkan oleh Mariana Mohamad, bekas penunggang basikal negara, sewaktu menantikan bermulanya tunggangan 2018, Ladies of Harley Malaysia ke Bandaraya Bersejarah, Melaka.
Tunggangan tersebut sendiri telah menempa satu sejarah, di mana ianya menandakan buat pertama kalinya mereka akan memulakan penunggangan mereka dari wakil pengedar baru, Harley-Davidson Petaling Jaya.
Lebih kurang 20 penunggang wanita telah berhimpun di wakil pengedar tersebut dari awal pagi, untuk sarapan ringan dan bertanya khabar sesama mereka. Semua orang tersenyum dan bergelak ketawa, suasana penuh dengan keceriaan dan keterujaan. Di antara para peserta tunggangan adalah Mariana Mohamad, bekas penunggang basikal negara, dan, pelakon dan penyanyi, Fauziah Latiff. Turut hadir adalah Nor Cilla Omar dan Sura (Sue) Rahman, Juara dan Naib Juara sewaktu pertandingan amal, “Bikers Invitational Golf Charity Classic 2018“.
“Saya telah menunggang bersama Ladies of Harley Malaysia buat beberapa kali sejak saya mula menunggang motosikal. Sebelum ini, kami pernah menunggang ke Melaka dan pada hari ini ianya bagaikan ulang tahunnya, di mana kami menunggang ke sana tetapi dari rumah yang baru, HDPJ,” Tambah Mariana lagi.
Kebanyakan dari mereka memiliki motosikal Harley-Davidson Sportster, namun, ada di antara mereka yang memiliki model yang berbeza, termasuklah sebuah model Softail Slim, Street 750, Dyna Low Rider, dan Dyna Low Rider “Sons of Anarchy”.
Seperti kebiasaannya, mereka telah mengadakan satu taklimat keselamatan ringkas sebelum panggilan “On the bike”. Mereka bersiap sedia dan mula menunggang dari ruangan laluan dalam The Gasket Alley (oleh kerana jumlah mereka yang tidak terlalu ramai).
Di atas jalan raya dan lebuh raya, kumpulan tersebut dipimpin dengan cekap oleh Nor Cilla, dengan Fauziah Latiff bertindak sebagai ‘sweeper’. Kumpulan ini mengekalkan disiplin dan kesepaduan mereka di sepanjang perjalanan, selain daripada mempamerkan kawalan yang baik di atas jentera masing-masing.
Mereka berhenti untuk isian semula di hentian R&R Seremban sebelum sekali lagi berhenti selepas plaza tol Ayer Keroh, di mana para penunggang dari Hulubalang MG telah sedia menanti untuk memandu konvoi ini menunju ke Asam Pedas Legenda untuk makan tengah hari.
Dari situ, mereka kemudiannya telah menuju ke Harley-Davidson Melaka di Taman Kota Laksamana. Wakil pengedar tersebut sedang menjalani persiapan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei 2018.
Kru wakil pengedar tersebut telah mengiringi keseluruhan kumpulan itu ke sebuah restoran bernama “Nyonya Lin’s Kitchen”, untuk menikmati jamuan yang terkenal di negeri tersebut, seperti kuih nyonya dan cendol nyonya. Restoran itu telah diperhiaskan dengan kelengkapan zaman dahulu seperti perabot, motosikal, dan permainan antik. Hiasan dalamannya juga turut menyerupai hiasan dalaman rumah-rumah di Melaka sebelum Perand Dunia Ke-2.
Dari Harley-Davidson Melaka, Mereka menuju ke pantai untuk menikmati kopi. Ladies of Harley Malaysia akhir sekali menuju ke Villa Lisa di A’Famosa Resort di Batu Gajah.
Sebelum penulis mengakhiri laporan, ingin penulis kongsikan sesuatu. Sepanjang perjalanan ini, penulis perhatikan yang para penunggang konvoi ini tidak pernah lupa untuk melambai sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain yang telah memberikan jalan. Ke semua penunggang Ladies of Harley Malaysia dan Hulubalang MG teramatlah mesra dan cukup senang hati untuk melayan permintaan sesiapa sahaja yang ingin berswafoto dengan motosikal mereka. Siapa kata penunggang Harley sombong?
Tabik hormat buat para penunggang untuk konvoi kali ini.
GALERI GAMBAR