KTM Malaysia Sedia Untuk Gegarkan MotoGP Malaysia 2017

 

  • KTM Malaysia telah bersiap sedia bagi menyemarakkan MotoGP Malaysia 2017 dengan warna READY TO RACE Orange.
  • KTM Malaysia juga akan menawarkan KTM MotoGP Fan Package.
  • Nantikan kehadiran motosikal KTM terkini beserta dengan sesi ‘Meet & Greet‘ bersama para penunggang utama KTM.

Masa yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para peminat perlumbaan motosikal di Malaysia dan juga serantau telah tiba! Apa lagi jika bukan pusingan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung pada hujung bulan ini!

Tidak dapat disangkal lagi yang MotoGP Malaysia telah berkembang dengan pesat dalam masa tiga tahun yang lalu dengan peminat membanjiri acara ini dan ianya tiada bezanya pada tahun ini. Tetapi, apa yang akan menjadikannya lebih menarik adalah segala acara yang akan disediakan oleh KTM Malaysia buat para peminat serta pengunjung.

Astaka berwarna jingga KTM di MotoGP Malaysia sering kali menjadi antara tumpuan utama para hadirin. Bukan sahaja mereka memperagakan model motosikal jalan raya yang baru, malah terdapat juga motosikal dirtbike dan motosikal off-road yang telah menakluki dunia. Para pengunjung dibenarkan untuk merapati, menyentuh, malah bergambar dengan jentera-jentera yang mengagumkan ini.

Selain itu, kelengkapan dan pakaian menunggang berjenama KTM, digelar Powerwear, serta aksesori motosikal milik KTM, dinamakan Powerparts akan dipersembahkan dengan megahnya.

Pelawat juga turut boleh melihat motosikal keluaran KTM yang terkini seperti 250 Duke, 390 Duke (TEKAN SINI untuk tunggangan pertama kami, dan SINI untuk ulasan tunggang uji kami), RC 250 dan RC 390, 1290 Super Duke R, 1290 Super Adventure S, 1290 Super Adventure R, 1050 Adventure Travel Pack, 1290 Super Duke GT, 250 EX/C-F, 350 EX/C-F, 450 EX/C-F, 250 SX-F, 450 SX-F, serta pelbagai lagi motosikal terbaru mereka. Dua motosikal yang terakhir adalah motosikal yang sama yang telah ditunggangi oleh Gabit Salleh dalam kemenangan perlumbaan motocross Malaysia berbilang kali dan juga bagi Kejohanan FIM Asia Supermoto 2016.

Pengunjung juga akan dapat melihat motosikal perlumbaan RC Cup dan motosikal replika bagi jentera perlumbaan RC16 MotoGP, yang ditunggangi oleh Pol Espargaro dan Bradley Smith.

Dan oleh kerana itu, peminat juga boleh menyertai sesi ‘meet-and-greet‘ dengan Juara FIM Supermoto, para penunggang RC Cup, serta penunggang-penunggang Moto3, Moto2, dan juga MotoGP (mengikut ketersediaan serta jadual penunggang). KTM Malaysia juga sedang dalam usaha bersama SIC dan Dorna bagi membolehkan Gabit Salleh mempersembahkan pertunjukan lagak ngeri di grid permulaan pada hari perlumbaan, jadi, teruskan setia untuk perkembangan selanjutnya!

KTM Malaysia turut menawarkan Fan Package (pakej peminat), yang terdiri daripada tiket untuk KTM Tribune di Grandstand Utama, baju-T edisi terhad, topi, beg, baju hujan, dan bendera.

Sehingga 500 orang peminat KTM akan berhimpun di KTM Tribune dan menukarkannya menjadi lautan READY TO RACE Orange. Tiada yang lebih
menyeronokkan daripada dikelilingi sekumpulan orang yang berkongsi keghairahan yang sama dan menyokong penunggang yang sama. KTM Tribune ini akan menghadap grid permulaan dan paddock, untuk memastikan pemandangan yang hebat di sepanjang perlumbaan, sama ada untuk kelas sokongan, Moto3, Moto2, dan juga MotoGP.

KTM Malaysia juga akan mengadakan pelbagai aktiviti di Tribune berkenaan. Pelbagai hadiah serta cabutan bertuah bakal dimenangi oleh para peminat KTM yang hadir di sana.

Anda juga boleh merujuk pada laman Facebook rasmi KTM Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]