Tunggangan Pertama KTM 250 Duke Dan KTM 390 Duke

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

 

  • KTM Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke.
  • Laluannya merentasi lalulintas kota raya, Lebuhraya Karak dan menaiki Bukit Tinggi.
  • Motosikal Duke yang baru telah diperhalusi lagi dan lebih menyeronokkan untuk ditunggang berbanding sebelum ini.


Selepas baru sahaja membuatkan pelancaran rasmi motosikal KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke tempoh hari (TEKAN SINI untuk membaca laporan tersebut), KTM Malaysia telah menganjurkan satu program istimewa buat ahli media permotoran semalam (27 September 2017).

Dinamakan Tunggangan Media KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke, para ahli media telah diberikan penghormatan untuk menunggang uji kedua-dua buah model yang baru ini selama sehari.

Tunggangan Media ini bermula dari eCity Hotel, setelah redanya hujan yang lebat.


Apabila diteliti secara dekat, 250 Duke dan 390 Duke yang baru itu tampak lebih diperhalusi dengan kualiti binaan, pemasangan, dan kemasan yang baik. Terhapus sudah panel-panel yang dipasang tidak kemas dan pematerian yang canggung pada kerangkanya. Begitu juga penggantung enjin aluminium yang lama – enjinnya kini dipaut terus kepada kerangkanya itu. Kerja catnya juga nampak lebih sekata di keseluruhan motosikal itu.

Helaian speisifikasinya ada menyatakan penambahan sebanyak 30mm pada ketinggian pelananya. Sesetengah daripada kami agak risau akan kesannya pada penunggang Malaysia yang puratanya lebih rendah berbanding mereka di Barat. Namun pegas belakangnya melandut ke bawah seperti sebuah motosikal dirtbike sebaik sahaja kami menaikinya dan kebanyakan daripada kami, termasuk saya yang hanya berketinggian 167cm boleh meletakkan sebelah kaki dengan rata di atas tanah atau pun mencapainya dengan kedua-dua belah kaki ke muka bumi dengan selesa.

Pelana yang telah direka semula itu juga terasa selesa dan tidak terasa seakan-akan sebuah papan lapis yang dicat hitam. Ianya selesa, lebar dan panjang.

Segitiga penunggang – jalinan antara pelananya ke tempat letak kaki dan palang pemegangnya – telah dikaji semula bagi mendapatkan capaian yang lebih selesa. Palang pemegangnya lebih dekat dengan penunggang dan ditetapkan pada ketinggian yang sempurna, tanpa ia menjadi terlalu ‘sporty‘ atau terlalu tegak. Tempat letak kakinya juga telah diletakkan cukup tinggi tanpanya menjadi terlalu ke belakang. Palang pemegangnya lebih tirus, seperti sebuah motosikal lumba naked dan bukannya lebar seperti sebuah motosikal motocross.

KTM Malaysia telah menyediakan tujuh buah 250 Duke dan lapan buah 390 Duke. Saya memulakan perjalanan dengan 250 Duke sewaktu kami meninggalkan hotel. Kami berasa terkejut apabilasebaik sahaja kami menekan butang mulaannya itu. Hilang sudah bunyi “omboh yang tidak ketat”, digantikan dengan dengungan yang lancar (walaupun ianya tidak ketara).

Panel instrumen 250 Duke telah diambil dari model yang terdahulu, maka mencari maklumat yang diperlukan cukup mudah bagi saya.

Kami menuju ke Bukit Tinggi, melalui Lebuhraya Karak. Kami terus memecut sebaik sahaja kami tiba di lebuh raya NKVE. Motosikal 250 ini merentasi rangkaian ‘rev‘-nya dengan lancar sekali. Masih terdapat sedikit gegaran, yang mana boleh dijangkakan bagi sebuah motosikal satu silinder, tetapi ianya ternyata lebih lancar pada kali ini.

Terdapat juga runut bunyi yang menarik dari ekzos barunya dan juga kotak udaranya di bawah tangki bahanapi.

Kami menjangkakan yang motosikal 250 Duke akan kekurangan kuasa untuk menerobosi lalulintas, tetapi kami berasa terkejut apabila mendapati yang ia mampu bersaing dengan baik sekali. Enjinnya mula terasa kesemputan di sekitar 125km/j namun masih mampu mencecah kelajuan 137km/j sewaktu saya memulas pendikitnya, (saya berhati-hati mengendalikannya kerana ianya masih lagi sebuah motosikal yang baru dan saya tidak mahu keterlaluan dalam memaksanya) tetapi salah seorang wartawan telah berjaya mencapai kelajuan melebihi 140km/j.

Ia mungkin kedengaran tidak begitu hebat, tetapi diingatkan, ianya sebuah enjin satu silinder dan speedometer teramat tepat, ditambah pula motosikal ini masih terlalu mentah lagi.

Pengendalian 250 Duke ini setangkas yang kami jangkakan sewaktu ia menyelinap di antara kesesakan trafik.

Saya bertukar kepada motosikal 390 Duke sewaktu di BHP Gombak. Terpampang di hadapan saya adalah paparan TFT baru dan butang kawalan pada sebelah kiri palang pemegang. Mirip seperti yang terdapat pada motosikal 1290 Super Duke R.

Enjinnya hidup dengan raungan yang lembut, anda tahu yang adanya sesuatu yang lebih besar berselindung di sebaliknya, berbanding dengan 250 Duke.

Dari permulaannya lagi, motosikal Duke 390 ini mempunyai daya kilas (tork) yang besar, mengaburi kapasiti 373cc-nya. Jujur saya katakan, ia terasa bagaikan sebuah enjin yang lebih besar.

Di atas Lebuhraya Karak, enjin 390 Duke ini memecut deras bagi saiznya dan dengan lancar sekali merentasi jangkauan rpm-nya. Tetapi apa yang lebih mnyeronokkan adalah bagaimana daya kilas serta kuasanya itu dikerah di sekitar selekoh. Di mana anda pada kebiasaannya akan menurunkan gear untuk mendapatkan lebih tolakan untuk keluar dari selekoh, dengan enjin ini anda mampu memilih gear yang lebih tinggi dan biarkannya di situ, menjadikannya lebih menyeronokkan apabila anda mendaki Bukit Tinggi.

Perlu kami nyatakan di sini yang KTM Malaysia telah memilih lokasi yang terbaik untuk menonjolkan perwatakan kedua-dua buah motosikal ini dengan memilih Bukit Tinggi. Jalan ‘feeder‘-nya hanyalah satu laluan untuk naik dan turun, serta selekohnya itu tajam.

Kedua-dua motosikal Duke ini menanganinya dengan bersemangat sekali hinggakan saya sedar yang saya jarang melakukan ‘countersteer‘.

Suspensinya tidak membolak-balikkan anda dan kini ianya dengan pasti 12sekali tidak berayun atau bergegar di selekoh.

Brek hadapan motosikal 390 Duke juga cukup mengagumkan. Dengan menggunakan satu jari sahaja sudah memadai untuk kebanyakan masa.

Dengan oleh kerana itu, kami berasa teramat kagum dengan kedua-dua motosikal Duke yang baru ini. Teruskan kekal bersama kami untuk ulasan penuh pada masa yang akan datang!

 

Leave a Reply