MotoGP: Cal Crutchlow Menandatangani Perjanjian Dua Tahun Baru Dengan HRC

  • Cal Crutchlow telah menandatangani perjanjian MotoGP dengan HRC selama dua tahun untuk kekal bersama pasukan LCR Honda bagi musim 2018 dan juga 2019.
  • Kontrak serba baru dengan HRC ini akan menaikkan status Crutchlow kepada penunggang pengilang yang akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada HRC dan juga semestinya, jentera Honda RC213V yang terkini.
  • Penunggang British berusia 31 tahun itu telah memperolehi dua kemenangan dan empat penamat di atas podium setakat ini untuk musim 2017, dan pada masa yang sama membantu pasukan pengilang Honda dalam pembangunan motosikal perlumbaan Honda yang masih liar itu.

Continue reading “MotoGP: Cal Crutchlow Menandatangani Perjanjian Dua Tahun Baru Dengan HRC”

Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS

  • Pendahulu kejohanan Moto3 semasa Joan Mir akan berpindah ke Moto2 pada tahun 2018 untuk berlumba bagi pasuka EG 0,0 Marc VDS.
  • Mir dan pasukan Moto2 terbarunya itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun untuk berlumba dari tahun 2018 hingga 2020 dalam kategori Moto2.
  • Joan Mir dan pasukan Moto3 semasanya, Leopard Racing, sedang mendahului kejohanan dengan tiga kemenangan perlumbaan dan dua penamat atas podium dalam tujuh pusingan yang lalu.

Continue reading “Moto3: Joan Mir Akan Berpindah Ke Moto2 Tahun Hadapan Dengan Pasukan EG 0,0 Marc VDS”

MotoGP: Dovizioso Memperoleh Dua Kemenangan Berturut-turut Bagi Ducati Sejak 2010 di GP Sepanyol

 

  • Perlumbaan MotoGP pada hujung minggu yang lalu menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) memenangi perlumbaan dengan begitu selesa di GP Sepanyol di hadapan pasangan penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa.
  • Kemenangan ini merupakan kali pertama Ducati memenangi dua perlumbaan berturut-turut sejak 2010 ketika legenda MotoGP, Casey Stoner, masih berlumba dengan mereka.
  • Jorge Lorenzo (Ducati Team) melintasi garisan penamat di P4 di hadapan penunggang-penunggang pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco dan Jonas Folger.

Continue reading “MotoGP: Dovizioso Memperoleh Dua Kemenangan Berturut-turut Bagi Ducati Sejak 2010 di GP Sepanyol”

Litar Chang Membosankan – Valentino Rossi


Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi telah menyifatkan Litar Antarabangsa Chang sebagai membosankan. Reaksi ini adalah tindak balasnya kepada laporan yang mengatakan Thailand mungkin menjadi negara Asia yang ketiga menganjurkan perlumbaan MotoGP di litar yang terletak di Buriram.

Continue reading “Litar Chang Membosankan – Valentino Rossi”

Sah: Thailand Akan Menganjurkan MotoGP Pada 2018!

Sumber Imej: virtualr.net

 

  • Thailand telah mengesahkan yang mereka akan mula menganjurkan perlumbaan MotoGP untuk tiga tahun bermula pada 2018.
  • Perjanjian ini telah dimeterai antara Sports Authority of Thailand (SAT) dan Dorna hujung minggu lalu semasa satu perjumpaan di Itali.
  • Pusingan MotoGP Thai akan diadakan dari 5 hingga 7 Oktober 2018.

Continue reading “Sah: Thailand Akan Menganjurkan MotoGP Pada 2018!”

Enjin Ducati MotoGP Baru Sedang Dibangunkan

 

  • Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) telah diberikan satu peluang untuk mengemudi jentera Desmosedici GP17 terbaru dan pada masa yang sama
    membantu membangunkan enjin MotoGP Ducati yang baru.
  • Tiada butiran tepat yang diberikan tentang enjin baru ini namun Petrucci mengatakan bahawa enjin ini akan diberikan kembali kepada pasukan pengilang sesudah mereka menjalankan kesemua ujian.
  • Petrucci juga mengatakan bahawa enjin ini mempunyai kuasa yang agak sama seperti enjin GP17 yang semasa tetapi dengan beberapa bahagian yang berlainan: berkemungkinan sekali pada pendikit, ekzosnya dan lain-lain.

Continue reading “Enjin Ducati MotoGP Baru Sedang Dibangunkan”

MotoGP: ‘DesmoDovi’ Menjadi Penunggang Itali Pertama Memenangi GP Itali Di Atas Jentera Ducati

  • Pusingan MotoGP di Mugello semalam menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) menjadi penunggang Itali yang pertama memenangi GP Itali di atas motosikal buatan Itali.
  • Kemenangan ini melonjakkan ‘DesmoDovi’ ke kedudukan kedua dalam kutipan mata dengan 79 mata dibelakang peneraju kejohanan yang juga di tempat kedua perlumbaan, Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP).
  • Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) memburu kelompok pendahulu perlumbaan dan merampas tempat ketiga dari wira tuan rumah, Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP).

Continue reading “MotoGP: ‘DesmoDovi’ Menjadi Penunggang Itali Pertama Memenangi GP Itali Di Atas Jentera Ducati”

Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2

Motosikal perlumbaan Triumph Daytona 675 TT tunggangan Gary Johnson. Pembayang tentang rupa jentera yang bakal dibekalkan oleh Triumph untuk Moto2

Sejak beberapa bulan yang lalu, telah tersebarnya khabar angin satu khabar angin di dalam industri permotosikalan, dan sesetengah pengedar telah pun sedia mengetahui akan hal ini sejak mula lagi, dan kini, ianya telah pun disahkan secara rasmi – Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif untuk Kejohanan Dunia Moto2 FIM bermula 2019.

Continue reading “Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2”

MotoGP: Valentino Rossi Dibenarkan Berlumba Di Mugello Hujung Minggu Ini


Wakil perubatan dari FIM, Litar Mugello dan MotoGP semuanya telah mengesahkan bahawa Valentino Rossi cukup sihat untuk berlumba hujung minggu ini di Gran Premio d’Italia Oakley, Mugello.

Berita ini menggembirakan peminat Rossi setelah dia terlibat dalam satu insiden motocross ysng menyebabkan kecederaan serius beberapa hari lalu.

Antara kecederaan yang dialami Valentino Rossi termasuk kecederaan serius pada bahagian dada dan perutnya serta lebam pada bahagian hati dan juga buah pinggang.

Continue reading “MotoGP: Valentino Rossi Dibenarkan Berlumba Di Mugello Hujung Minggu Ini”