Motosikal Gaya Hidup Boon Siew Honda – Honda MSX125 dan Rebel 500

 

 

  • Salah sebuah penambahan baru yang paling mengujakan dalam pasaran motosikal semasa telah mula ditawarkan lewat minggu lalu adalah segmen motosikal gaya hidup Boon Siew Honda.
  • Terdiri daripada motosikal ria mini Honda MSX125 serta motosikal cruiser terbaru dari Honda, Rebel 500, motosikal-motosikal ini adalah tawaran yang hebat dalam kancah gaya hidup moden semasa.
  • Dinilaikan pada harga RM11,128 dan RM31,798 (harga asas beserta GST), kedua-dua motosikal gaya hidup Honda ini akan menambahkan lagi keseronokan dalam kehidupan penunggang.


Masihkah anda ingat akan acara berbuka puasa kelolaan Boon Siew Honda di Litar Antarabangsa Sepang beberapa bulan yang lalu? Terdapat pelbagai model yang telah diperagakan yang dibahagikan dalam segmen yang berbeza diberi nama Lifestyle, Sports, Premium, dan sebagainya.

Motosikal-motosikal yang mengisi kategori Lifestyle adalah MSX125 serta motosikal cruiser Rebel 500.

Honda MSX125 – Motosikal Ria Muktamad

Digelar sebagai “Grom” disesetengah pasaran, motosikal MSX125 (Mini Street X-treme 125) pada mulanya direka bagi mengharungi jalan-jalan kecil yang sesak di Thailand namun begitu, ianya telah menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia oleh kerana prestasi ala motosikal besarnya, pengendalian yang teramat baik, dan perwatakannya yang menyeronokan dan tegar itu.


Contoh terbaik adalah di Thailand di mana anda dapat melihat motosikal MSX125 ini di mana-mana sahaja, selalunya ditunggangi oleh remaja. Anda juga boleh menyewa motosikal ini di destinasi pelancongan di serata negara berkenaan, seperti Krabi, Phuket, Chiang Mai dan lain-lain lagi.

Penduduk Thailand juga adalah orang yang praktikal dan mereka hanya menyukai motosikal yang senang dikendalikan dan boleh diharap sebagai motosikal sewa. Motosikal MSX125 ini cukup mudah dikendalikan dan lincah sewaktu menangani ruangan yang sempit di atas jalan raya di Thailand.

Ianya juga bukanlah satu rahsia bahawa mereka juga amat menggemari sukan permotoran dan terdapat begitu banyak perlumbaan sepanjang tahun. Di sini kita dapat melihat begitu banyak MSX125 yang berlumba dalam kelas masing-masing.

Motosikal MSX125 ini agak comel dan ‘macho’ pada masa yang sama, walaupun dalam bentuk stok (original). Ini bermakna yang ianya boleh menarik minat bukan sahaja lelaki dan perempuan, malah ia juga pasti menarik minat para penunggang yang mempunyai minat dan keinginan yang berbeza.

Sebagai contoh, jika anda seorang peminat motosikal lumba tegar yang tidak ingin menunggang motosikal bagger kerana takut diejek rakan-rakan, MSX125 pasti menarik minat anda kerana ianya tampak ranggi sekali! atau pun sekiranya anda seorang ‘biker chick’ yang ingin menunggang sesuatu selain daripada sebuah skuter, motosikal MSX125 inilah yang dapat memutuskan ikatan stereotipikal itu, dan membenarkan anda untuk menjadi sesiapa sahaja yang anda mahu.

Bermula dari sanubarinya yang ranggi inilah lahirnya sub-budaya pengkhususan MSX125/Grom. Walaupun ianya hanya baru dipupuk di dalam negara kita, pergerakan ini telah pun menyaksikan ribuan motosikal MSX125/Grom yang dikhusus dengan begitu radikal dan cantik sekali, dari yang hanya kelihatan tidak ketara sehinggalah yang gila-gila.

Tetapi, yang paling penting sekali, ianya amat meriangkan. Anggaplah ia bagaikan papan selaju atau basikal BMX dalam bentuk motosikal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal MSX125, TEKAN SINI.

Untuk membaca ulasan mengenai MSX125 ini dari saudara kami di Bikes Republic, TEKAN SINI.

Honda Rebel 500 – Sertai Pemberontakan Ini!

Di titik spektrum yang bertentangan adalah Rebel 500, yang didatangkan dalam bentuk motosikal cruiser ringan. Format cruiser ini telah lama menjadi pelopor dalam gaya hidup motosikal, bermula dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia ke-2, di mana tiada gaya motosikal yang lain selain standard yang diubah menjadi apa yang dikenali sebagai cruiser pada masa ini.

Dan oleh sebab itulah gaya cruiser ini tidak akan pernah tenggelam, kerana ianya merupakan imbauan kembali ke zaman di mana sebuah motosikal itu hanyalah motosikal, dan ianya bergantung kepada pemiliknya menyesuaikan diri dengan motosikal itu dan sebaliknya. Di sinilah tempat letaknya Honda Rebel 500.

Sebagai sebuah motosikal 500cc, ia menarik minat mereka yang ingin mencuba enjin berkapasiti lebih besar, atau mereka yang ingin membeli motosikal berkapasiti besar pertama mereka, atau penunggang yang ingin kembali ke asal-usul permotosikalan.

Kerana ianya sebuah motosikal cruiser, ia mempunyai ketinggian pelana yang rendah dan enjin 500cc itu bukanlah satu enjin yang akan ‘menggertak’ penunggang pada setiap peluang yang ada.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda Rebel 500 semasa pelancaran rasminya di acara Art of Speed Malaysia 2017, TEKAN SINI.

Tetapi, lebih daripada itu, terdapat peluang yang tidak terkira banyaknya untuk mengkhususkan motosikal rebel 500 ini bagi mencerminkan kegemaran serta perwatakan anda sendiri padanya. Dengan erti kata lain, ianya bagaikan sebuah kanvas kosong untuk anda coretkan kreativiti anda dan di talian internet, terdapat ribuan contoh motosikal Rebel 500 yang telah dikhususkan dengan indah sekali.

Pokoknya, anda pasti tidak akan kecewa dengan mana-mana satu model ‘Lifestyle’ Boon Siew Honda ini. Sudah pasti akan ada yang akan menarik minat jiwa permotosikalan anda padanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai motosikal gaya hidup Honda yang mengujakan ini, layarilah laman sesawang rasmi Boon Siew Honda atau kunjungilah laman Facebook mereka.

 

Leave a Reply