Video ‘Tribute’ Untuk Motosikal Superbike yang Terhebat dari Akrapovic!


Akrapovic telah menghasilkan salah sebuah video penghormatan yang terhebat bagi ke semua model motosikal superbike 2017 dengan rangkaian ekzos selepas jualan mereka

Dalam video berkenaan, Akrapovix telah menonjolkan rangkaian Evolution terbaru mereka yang datang dalam bentuk karbon atau pun titanium bagi model motosikal superbike yang terpilih.

Runut bunyi yang hebat itu menampilkan motosikal-motosikal terkini Kawasaki ZX-10R 2017, Yamaha YZF-R1, Honda CBR1000RR Fireblade, Ducati 1299 Panigale, Aprilia RSV4, Suzuki GSX-R1000 dan BMW S 1000 RR yang dilengkapi dengan kelengkapan dari Akrapovic.

Pada tika ini, di mana sahaja kita berada, kemajuan teknologi komunikasi membolehkan kita sentiasa kekal berhubung dengan perkembangan terkini, dan kini, kita sering dihujani dengan video-video tular dari media sosial kita. Walaupun tidak disangkal kebanyakannya dibuat untuk suka-suka, pakar ekzos Akrapovic telah menghasilkan sebuah video penghormatan yang amat menakjubkan, dan kami beranggapan ianya antara video terbaik penah dihasilkan pada abad ini.

Di mana kita pasti cukup kenal akan motosikal superbike terhebat dunia yang datang dari pelbagai pengeluar yang hebat, kelengkapan Akrapovic pula telah dikenalpasti sebagai salah sebuah ramuan yang terbaik bagi melonjakkan pengalaman menunggang di atas jentera-jentera berkenaan. Kami beranggapan yang Akrapovic ini seakan #SaltBae bagi dunia permotosikalan.

Dan bagaikan taburan garam #SaltBae, Akrapovic telah menganugerahkan kehebatannya pada motosikal-motosikal superbike yang terhebat dalam dunia yang ada dalam video ini. Motosikal yang telah muncul adalah Honda CBR1000RR Fireblade, Yamaha YZF-R1, Suzuki GSX-R1000, BMW S 1000 RR, Kawasaki ZX-10R, Ducati 1299 Panigale serta Aprilia RSV4 2017.

Dalam video penghormatan berkenaan, Akrapovic telah menyenaraikan produk mereka bagi model motosikal 2017 terbaru seperti berikut:

  • Evolution line (karbon) – Kawasaki ZX-10R
  • Evolution line kit (titanium) – Yamaha YZF-R1
  • Evolution line (titanium) – Honda CBR1000R Fireblade
  • Evolution line (titanium) – Ducati 1299 Panigale
  • Evolution line (karbon) – Aprilia RSV4
  • Slip-On line (titanium) dengan “optional header” (SS) – Suzuki GSX-R1000
  • Evolution line (titanium) – BMW S 1000 RR

Dalam dunia yang semakin mengejar kesempurnaan, pakar ekzos terkemuka ini telah memanfaatkan segala pengalaman dan masa mereka dalam membangunkan ekzos yang diidami ramai, menggunakan pertukangan berkemahiran tinggi dan bahan yang berteknologi tinggi.

Nikmatilah video berkenaan di bawah!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.