Motosikal Diubah Suai Lebih Stabil Berbanding Standard Kilang – Achey

Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal. Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi. Mohd Nasir Hamzah,…

Trend Pengubahsuaian YSuku Dalam Pemerhatian Polis – Bukit Aman

Berpunca daripada trend mengubah suai motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang tengah hangat ketika ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan motosikal yang melanggar undang-undang jalan raya akan berdepan tindakan disita. Trend mengubah suai motosikal amat popular dikalangan pemilik Yamaha Y15ZR (Ysuku) ketika ini. Bagaimanapun, ramai yang…

Geng YSuku Kena Cekup, Terlibat Kes Ragut Di Muar

Polis telah menahan tiga daripada empat individu yang disyaki telah terlibat dalam beberapa kes ragut yang berlaku di sekitar Muar, Johor, Sabtu lalu. Menggunakan jentera Yamaha Y15ZR, mereka sanggup berkonvoi lebih 100 kilometer dari Kuala Lumpur ke Muar untuk melakukan aktiviti jenayah mereka. Menurut laporan Harian Metro, semua suspek dipercayai telah terlibat dalam tiga kes…

Pelancaran Y15ZR V2: Peminat YSuku Boleh Serbu Pengedar Rasmi Yamaha!

Peminat kapcai di Malaysia seakan mendapat hadiah hari jadi awal apabila Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Yamah Y15ZR v2 di Kejohanan Cub Prix AAM PETRONAS Malaysia, Pusingan 1 di Jasin, Melaka, hari ini. Model ‘facelift’ tersebut dipertontonkan sambil ditemani pelumba Yamaha Cub Prix, Ahmad Afif Amran, Kasma Daniel Kasmayudin, Md Akid Aziz dan Tengku Amirul…

Racing Boy Perkenalkan Race Ready Collection 2018 bagi motosikal 150cc!

Racing Boy telah memperkenalkan “Race Ready Collection 2018” terbaru mereka yang khusus untuk motosikal 150cc. Motosikal-motosikal seperti Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR akan disediakan dengan satu rangkaian penuh kelengkapan selepas jualan (aftermarket) bagi mempertingkatkan lagi rupa dan prestasi motosikal-motosikal ‘cub’ tersebut. Kelengkapan selepas jualan RCB telah pun terbukti kehebatannya dalam siri Asia Road Racing Championship…

MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

  MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban. Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri. MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka…

TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular Dibuat oleh FSR Technology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari…