Motosikal Diubah Suai Lebih Stabil Berbanding Standard Kilang – Achey

Sumber: Acheykintangkintung @ Instagram

Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi.

Mohd Nasir Hamzah, atau Achey juga antara selebriti yang gemar melakukan pengubahsuain motosikal dan berkongsi di laman sosial.

“Ubahsuai motosikal boleh membawa keputusan yang positif.

“Motosikal yang baru keluar dari kilang yang hanya mampu mencapai kelajuan 120 km/j akan menjadi lebih stabil selepas diubahsuai,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak menyokong pengubahsuaian motosikal yang menjurus kepada pencemaran bunyi serta digunakan untuk perlumbaan haram.

Pada masa sama, Achey mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap kedai aksesori dan bukannya menyita motosikal ini.

“Perlu adil, nak saman pemilik motosikal, kedai aksesori juga perlu disaman. Kes ini sama sahaja seperti penagih dan pengedar dadah,” tambahnya.

Achey turut meluahkan rasa bimbang dengan kerugian yang terpaksa dipikul golongan Bumiputera yang rata-rata menjadi pemilik kedai aksesori motosikal di Malaysia.

Sumber: ZizanRazak869 @ Instagram

Dalam perkembangan sama, Zizan Razak, turut meminta pihak berkuasa untuk tidak memberikan tumpuan terhadap motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) semata-mata.

Dia – yang merupakan antara selebriti terawal terjebak dalam pengubahsuaian motosikal sebelum diikuti rakan artis lain, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan Datuk Aliff Shukri – menyifatkan trend ubah suai motosikal hanyalah minat untuk menghasilkan motosikal yang cantik.

“Saya minat motosikal sejak di bangku sekolah tetapi ketika itu saya masih belum mampu untuk buat apa yang saya minat,” jelasnya.

(SUMBER: Harian Metro)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.