Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019. Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England. Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
Tag: WorldSBK
Kejohanan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019 akan menampilkan tiga buah perlumbaan pada setiap pusingan. Pihak penganjur akan menambah ‘sprint race’ untuk Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Perlumbaan tambahan ini sudah pasti akan memberikan lebih pendedahan pada siri perlumbaan ini.
Penunggang bagi pasukan Kawasaki, Jonathan Rea, telah mendominasi musim WorldSBK 2018 setakat ini. Dia telah memenangi perlumbaan ke-lapan berturut-turut di Litar Magny-Cours, Perancis. Kemenangan ini bermakna dia telah berjaya merangkul kejohanan musim ini dengan baki empat perlumbaan.
Alvaro Bautista mengesahkan perpindahannya ke siri perlumbaan WorldSBK untuk musim 2019 setelah menandatangani perjanjian dengan pasukan Aruba.it Racing – Ducati. Penunggang MotoGP bagi pasukan Angel Nieto itu akan bersaing seiring dengan teman sepasukan baharunya, Chaz Davies. Kedua-dua penunggang bagi pasukan pengilang Ducati tersebut juga bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R 1,000cc baharu dengan harapan…
Jonathan Rea telah mengesahkan bahawa dia akan terus berada dalam siri perlumbaan WorldSBK sehingga akhir tahun 2020. Penunggang berusia 31 tahun dari Ireland itu telah menandatangani perjanjian dua tahun bersama Kawasaki Racing Team. Pembaharuan kontrak ini juga telah menghentikan segala khabar angin yang megatakan bahawa dia akan berpindah ke MotoGP pada tahun 2019.
Juara dunia WorldSBK berbilang kali, Jonathan Rea, kini sedang dalam perbincangan bagi menyertai siri perlumbaan MotoGP pada tahun 2019. Beberapa buah pasukan pengilang telah pun menawarkan tempat bagi penunggang yang berusia 31 tahun itu. Rea juga sedang dalam perbincangan dengan pasukan semasanya, Kawasaki Racing Team WorldSBK, di mana kontraknya bersama mereka akan tamat pada hujung…