WorldSBK: Ducati Perkenalkan Jentera Perlumbaan Ducati Panigale V-Twin Terakhir!

  Pasukan pengilang Ducati bagi siri perlumbaan WorldSBK telah menyingkap tirai di sebalik jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin yang terkini serta terakhir bagi model berkenaan. Jentera janaan enjin Superquadro L-Twin 1198cc akan beraksi buat kali terakhir pada musim ini bersama dengan penunggang utama mereka, Chaz Davies dan Marco Melandri. Bermula pada tahun 2019, Ducati akan…

WorldSBK: KRT Lancarkan Jentera Perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018!

Kawasaki Racing Team, atau singkatannya, KRT, dengan secara rasminya telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka bagi siri WorldSBK musim 2018, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018. Kedua-dua penunggang pasukan tersebut, Rea dan Sykes, akan mempertahankan kejuaraan dan kemenangan perlumbaan mereka di atas jentera dengan kemasan grafik yang serba baru. Motosikal ZX-10RR telah merangkul begitu banyak kemenangan perlumbaan serta…

Saksikanlah Dokumentari Jonathan Rea “3 in a Row”!

  Sebuah dokumentari berdurasi 45 minit mengenai hidup Jonathan Rea dan bagaimana dia menggondoli tiga takhta WorldSBK telah ditayangkan oleh BBC. Klip berkenaan mempamerkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun itu berjaya mencapai kejayaan tersebut dan pada masa yang sama menjaga keluarganya sewaktu sedang menjelajah dan di antara pusingan perlumbaan. Rea adalah satu-satunya penunggang WorldSBK setakat…

Pelumba Legenda Troy Bayliss Kembali Ke Perlumbaan Superbike!

  Juara Dunia WorldSBK sebanyak tiga kali, Troy Bayliss akan kembali ke dunia perlumbaan motosikal superbike sepenuh masa bermula tahun hadapan. Legenda perlumbaan berusia 49 tahun dari Australia ini akan bermula di siri perlumbaan tempatan, Australian Superbike Championship 2018. Bersama dengan pasukan Desmosport Ducati, Bayliss akan mengemudi jentera Ducati 1299 Panigale R 2017.

WorldSBK 2018: Jake Gagne Sertai Red Bull Honda Bersama Leon Camier

  Pasukan Red Bull Honda World Superbike Team telah mengumumkan yang penunggang dari Amerika Syarikat, Jake Gagne, bakal menjadi penunggang kedua mereka. Gagne telah menyertai beberapa perlumbaan tahun ini sebagai peserta ‘wildcard’ selepas kehilangan tragis seorang penungggang yang disayangi ramai, Nicky Hayden. Jake Gagne akan bersaing bersama seorang lagi penunggang baru bagi pasukan Red Bull,…

‘Winglet’ Bakal Dibenarkan Bagi WorldSBK Musim 2018?

  Musim 2018 WorldSBK akan diperkemaskini dengan peraturan baru seperti membenarkan pasukan menggunakan ‘komponen aerodinamik’ pada motosikal perlumbaan mereka. Namun ianya datang dengan syarat, iaitu sebarang komponen aerodinamik mestilah disediakan dahulu untuk motosikal yang telah dihomologasikan. Dunia motosikal superbike pengeluaran pada tahun 2019 pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya pasukan dalam siri WorldSBK mematuhi peraturan…