Ini Cara Untuk ‘Ajar’ Pemandu Yang Suka Buang Sampah Keluar Kereta

Meskipun Malaysia menghampiri tahun 2020 namun terdapat segelintir daripada kita yang masih mengekalkan mentaliti kelas ketiga. Antara sikap yang sukar ditangani adalah tindakan membuang sampah ke luar kereta sekaligus membuatkan jalan raya di Malaysia dipenuhi sampah sarap. Baru-baru ini pengguna Facebook Azham Aizad berkongsi rakaman video dashcam yang memaparkan penumpang sebuah kereta hitam bertindak membuang…

Gara-Gara Anak Terlibat Basikal Lajak, Ibu Bapa Ditahan Polis

Pihak berkuasa telah menahan ibu bapa dan penjaga kepada enam kanak-kanak dan remaja yang terlibat menunggang basikal lajak di Ampang, Ahad lalu. Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak termasuk seorang remaja berumur lingkungan 11 hingga 16 tahun turut dikenakan saman dengan basikal disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Ugut Wanita Mengandung, Pemandu Audi Ditahan Polis

Seorang pemandu wanita yang sarat tujuh bulan berdepan situasi menakutkan apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menghentikan kenderaan lalu menggertaknya dalam satu insiden di Plentong, Johor Bahru. Menerusi perkongsian video di Facebook, wanita berusia 26 tahun itu sedang memandu dalam lorongnya dan ketika menyelusuri selekoh ke kiri, terdapat sebuah kereta jenis Audi TT cuba memintas. Bagaimanapun,…

Mahkamah Johor Bebaskan Pemandu Ragut Nyawa Lapan Remaja Basikal Lajak

Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membebaskan seorang pemandu wanita atas dakwaan memandu secara berbahaya selepas mengakibatkan lapan kematian remaja berbasikal, dua tahun lalu. Menurut laporan Bernama, Majistret Siti Hajar Ali melepaskan Sam Ke Ting, 24 tahun, susulan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie. Difahamkan, pihak mahkamah telah mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan…

Lebih 50,000 Bas Sekolah Haram Beroperasi Di Malaysia, Salah Siapa?

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah keutamaan namun susulan kekurangan pilihan untuk menghantar anak ke sekolah, bas atau van ‘sapu’ yang menawarkan servis penghantaran ke sekolah menjadi pilihan utama. Menurut laporan Berita Harian, ketika ini jumlah van, kereta, MPV dan bas sekolah haram yang menghantar kanak-kanak ke sekolah, tadika dan taksa telah pun melebihi 50,000!…

Elak Bayar ‘Parking’, Pemandu Honda Civic Sanggup Ikut Rapat Kereta Depan

Adalah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk mengharapkan sesuatu yang percuma tetapi bagi senario yang berlaku di kompleks beli belah Mid Valley, seorang pemandu sanggup ikut rapat kereta depan supaya dapat keluar tempat letak kereta tanpa perlu membayar satu sen! Rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook We Are Malaysian itu menjadi tular tatkala netizen…

Dakwa Motosikal Rosak, Pasangan Warga Emas Ini Rupanya ‘Scammer’

Seorang netizen telah berkongsikan pengalaman menerusi laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya berdepan pasangan warga emas yang tampak memerlukan bantuan sebelum mengetahui cerita sebenar. Menurut perkongsian tersebut, dia terserempak dengan pasangan warga emas terbabit berdiri di tepi jalan dengan si isteri sedang memegang tongkat sementara kaki kanannya dibalut. Kesian dengan keadaan mereka, netizen itu kemudiannya memberhentikan…

Hilang Ingatan Jangka Pendek Punca Pemandu Gagal Nampak Motosikal

Kajian terbaru oleh Universiti Nottingham di United Kingdom mendapati sebab utama sesetengah pemandu kereta gagal melihat kelibat motosikal adalah berpunca daripada kehilangan ingatan jangka pendek (short term memory loss). Bagi mereka yang pernah dilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain, antara alasan yang sering digunakan si pemandu adalah, “Maaf saya tak nampak”. Bagi si penunggang, kadang…

Suami Kantoi Naik Motosikal Dengan Wanita Lain Menerusi Surat Saman

Seorang lelaki Thailand bukan sahaja menerima surat saman malah kantoi apabila surat tersebut memaparkan dirinya sedang menunggang motosikal sambil dibonceng wanita yang bukan isterinya. Menurut Siam Variety, surat saman tersebut telah dihantar ke rumahnya bersama gambar bukti kesalahan trafik yang dilakukan. Nasib si suami terus bertambah malang apabila isterinya yang berada di rumah ketika itu…