Netizen telah dikejutkan dengan perkongsian video di laman sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penarik kereta telah bergelut dengan pemilik sebuah kereta jenis Toyota Hilux. Menurut laporan Harian Metro, pemilik kereta tersebut – seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun – masuk ke dalam kenderaan selepas selesai makan bersama isteri. Bagaimanapun, dia kemudiannya dihampiri…
Tag: Viral
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan pihak kerajaan sedang pertimbangkan cadangan untuk mengetatkan hukuman terhadap pemandu mabuk. Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut ketika melakukan lawatan terhadap lima beradik yang kehilangan ayah mereka, Khairuzul Mohamad Noor, 39 tahun yang maut sementara isteri, Zuriana Hasan, 36 tahun mengalami koma susulan dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian yang…
Antara benda wajib ada dalam kereta masa kini adalah botol air tetapi ramai yang tidak sedar kehadiran botol tersebut mampu menyebabkan kemalangan jiwa. Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook Polis Daerah Pendang menjelaskan bagaimana tindakan meletakkan botol air secara sesuka hati di dalam kereta sangat membahayakan. Setiap kereta mempunyai tempat letak air…
Demikian pendedahan dibuat Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya. Menurut laporan Bernama, daripada 158 yang ditahan, 118 daripadanya telah pun didakwa di mahkamah sementara 40 individu lagi masih lagi dalam siasatan. Dalam pada itu, ACP Zulkefly turut menggesa agar pusat hiburan untuk menggunakan alat Screening Device II (SDII) yang dapat…
Seorang pemandu wanita yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk telah menyebabkan kematian terhadap dua remaja yang menunggang motosikal di Pulau Pinang, awal pagi tadi. Pemandu wanita berusia 47 tahun tersebut yang memandu Toyota Vios difahamkan dalam perjalanan ke Kepala Batas selepas menghabiskan masa di sebuah pusat karaoke sebelum kejadian berlaku. Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai:…
Sekumpulan mat motor mencetuskan rasa tidak senang pengguna jalan raya apabila sewenang-wenangnya bertindak melalui lorong tol berpalang di Sitiawan, Perak. Kejadian itu turut dirakam pemandu kereta yang melalu jalan terbabit dan telah dimuat naik ke laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal telah menggunakan laluan tol berpalang bagi…
Seorang pemandu lori meluahkan rasa bersyukur terhadap tindakan seorang pegawai polis yang sanggup membelikannya makanan ketika lorinya rosak di tepi jalan. Menurut perkongsian di Facebook Penang Kini, pegawai polis terbabit memberhentikan motosikalnya untuk bertanyakan punca lori terbabit berhenti di bahu jalan. Selepas mengetahui lori tersebut rosak, dia kemudiannya bertanyakan sama ada pemandu tersebut sudah makan…
Dua lelaki telah bertindak mengugut pengguna jalan raya lain apabila percubaan mereka untuk melepasi kesesakan jalan raya dengan menggunakan lorong kecemasan terbantut. Adegan mereka turut dirakam ‘dashcam’ milik pemandu yang diugut. Berdasarkan video berdurasi 3 minit 55 saat yang dimuat naik ke laman Facebook We are Malaysians itu, dua lelaki terbabit memandu Toyota Vios dan…
Gadis ‘Superman’ yang menjadi viral baru-baru ini gara-gara melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal kini telah ditahan pihak polis. Video berdurasi 1 minit 6 saat itu memaparkan seorang remaja berusia 17 tahun melakukan aksi ‘Superman’ ketika sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Dia ditahan selepas menyerah diri – sambil ditemani bapa saudara – di Balai…