Tag: TOC
Dengan binaan motosikal masa kini yang semakin rumit, keperluan untuk juruteknik yang lebih pakar amat diperlukan. Lebih rama pemilik yang menghantar motosikal mereka ke bengkel rasmi oleh kerana kerumitannya. TOC Automotive College menawarkan Kursus Juruteknik Superbike yang memenuhi matlamat tersebut.
Mencari juruteknik bertauliah untuk menguruskan motosikal anda sudah pasti satu tindakan yang bijak. Walaupun ada mekanik ‘tradisional’ yang hebat di luar sana, motosikal zaman kini lebih kompleks dari sebelumnya. Seorang juruteknik bertauliah sudah pasti memiliki latihan rasmi, disiplin dan pengetahuan.
TOC Automotive College baru sahaja menandatangani perjanjian dengan Malaysia Speed Festival. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk menjayakan kursus pembelajaran “MSF Motor Racing”. Para pelajar akan belajar mengenai pengurusan perlumbaan dan aspek teknikal dalam kursus 2- minggu ini.
TOC HKMTOYO Racing Team mendahului dalam kategori Superbike dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018. Pasukan ini dibentuk melalui kerjasama antara TOC Technical College dan HKMToyo Racing Team. Pusingan 1 Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 adalah perlumbaan pertama pasukan ini.
Kolej Automotif TOC (TOC) adalah kolej automotif premier Malaysia. TOC baru sahaja melancarkan Kursus Juruteknik Superbike kolej tersebut. Pendaftaran untuk kursus ini sudah mula dibuka dan ia akan bermula pada bulan Julai 2018. Turut diperkenalkan adalah jentera TOC yang akan menyertai siri perlumbaan Malaysian Superbike (MSBK).