Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018: TOC HKMTOYO Racing Team Mendahului

  • TOC HKMTOYO Racing Team mendahului dalam kategori Superbike dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018.
  • Pasukan ini dibentuk melalui kerjasama antara TOC Technical College dan HKMToyo Racing Team.
  • Pusingan 1 Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 adalah perlumbaan pertama pasukan ini.

TOC HKMTOYO Racing Team telah dibentuk baru-baru ini, seiringan dengan pelancaran kursus Latihan Juruteknik Motosikal TOC Automotive College (TOC). (TEKAN SINI untuk liputan kami.)

Seiring dengan kepercayaan TOC bahawa latihan teknikal bukan sahaja berkisar mengenai membaiki kenderaan, kerana mereka juga melihat sukan permotoran sebagai cara muktamad bagi sekolah itu untuk berkongsi pengetahuan dan melatih pelajar mereka dalam cara yang menyeronokkan bagi menghadapi cabaran yang berkait rapat dengan perlumbaan. Dan oleh kerana itu, mereka juga mempunyai jabatan perlumbaan dinamakan School of Motorsports. Jabatan ini telah melahirkan juara perlumbaan empat roda sebelum ini dan sudah pasti mereka ingin mengembangkan lagi sayap dan menyertai sukan permotoran dua roda.

Dipimpin oleh Ketua Pasukan Mohd. Najuib Alias, HKMTOYO Racing Team adalah juara bertahan MSBK 2017. Pasukan ini juga telah berkerjasama dengan MARA dari segi latihan industri sebelum ini dan oleh itu, kerjasama dengan TOC Automotive College untuk Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 ini sudah boleh dijangkakan.

Pasukan yang baru dibentuk ini menggabungkan kemahiran teknikal, pengetahuan dan pengalaman HKMTOYO Racing Team dan ahli pasukan dari TOC. TOC juga turut telah mendapatkan khidmat legenda GP Malaysia dan kini, merupakan jurulatih MX di Most Fun Gym, “Foreman” Oh Kah Beng, sebagai Motorsport Director bagi menyelia pasukan dan menyediakan latihan MX.

Empat orang penunggang telah mengikat kontrak bersama pasukan ini bagi kelas Superbike dan juga Superstock.

Dalam kategori Superbike, Ramdan Rosli pernah bersaing dalam siri perlumbaan FIM CEV Moto2 Championship di Sepanyol. Dia juga merupakan penunggang wildcard dalam kejohanan dunia Moto2 di antara tahu 2014 hingga 2016. Dia mengemudi jentera BMW S 1000 RR.

Penunggang kedua pasukan adalah Muhammad Jamalul Tarmizi, menunggang motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R.

Bagi kategori Superstock pula, mereka menggunakan perkhidmatan Amirul Hafiq Azmi dan Nasarudin Mat Yusop sebagai penunggang pasukan.

Dalam Perlumbaan 1 bagi kelas Superbike, Ramdan bermula dengan berhati-hati sewaktu perlumbaan yang basah, mengekori Rajini Krishnan dari Team RACR dan Azlan Shah Kamaruzaman dari Chia Motor PJ. Dia berjaya mendapat rentaknya dan mula mengekori rapat penunggang di tempat ke-dua, dan akhirnya memintas Azlan Shah dengan baki empat pusingan untuk mendapat tempat ke-dua untuk Perlumbaan 1.

Muhammad Jamalul Tarmizi berlumba dengan yakin dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-lima, menempatkan kedua-dua motosikal TOC HKMTOYO dalam kedudukan lima teratas.

Untuk Perlumbaan 2, Ramdan memulakan perlumbaan dengan garang dan bersaing rapat dengan dua pelumba lain, iaitu Rajini dan Azlan Shah. Bagaimana pun, Rajini telah terbabas di awal pusingan 3, menjadikannya persaingan antara dua penunggang tersebut. Malangnya, Ramdan mula ditinggalkan akibat masalah brek, membolehkan Azlan Shah menjarakkan masa sebanyak 2 saat bagi setiap pusingan.

Bagi Muhammad Jamalul pula, dia telah memperbaiki kedudukannya, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-empat.

“Tiada brek hadapan. Tuil ditarik sampai ke genggaman,” ujar Ramdan. “Satu-satunya cara yang membolehkan saya menggunakannya adalah dengan memegang tuilnya sedikit ke belakang tetapi saya masih tidak mempunyai keseluruhan kuasa pembrekan.”

Ianya satu pencapaian yang menakjubkan memandangkan cabaran hebat yang dihadapinya.

Dalam kategori Superstock, Amirul Hafiq Azmi mendapat tempat ke-lima dalam Perlumbaan 1, namun, terpaksa bersara di Perlumbaan 2, manakala teman sepasukannya, Nasarudin Mat Yusop berjaya mendapat tempat ke-tiga dalam Perlumbaan 2.

TOC HKMTOYO Racing Team kini mendahului kejohanan penunggang dan pasukan dalam kategori Superbike bagi kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 (MSBK 2018), dan siri ini akan berehat seketika untuk bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

GALERI GAMBAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.