Honda, Yamaha, Kawasaki Dan Suzuki Bakal Singkir 20 Model Hujung Tahun Ini

Susulan peraturan baharu emisi yang akan dilaksanakan di Jepun, empat jenama besar motosikal di negara itu, Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki dilaporkan bakal memberhentikan pengeluaran beberapa model bermula hujung tahun ini. Rombakan tersebut akan dilakukan bagi mencapai standard emisi terbaru di Jepun. Pelaksanaan peraturan emisi di Eropah juga telah menyaksikan beberapa model jenama Jepun telah…

Saya Tengah Berbincang Dengan Aprilia, Honda, KTM Dan Yamaha – Alex Rins

Selepas Suzuki disahkan akan meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini, pelumba sedia ada, Alex Rins dan Joan Mir tiada pilihan selain perlu mencari makan di tempat lain musim depan. Dalam laporan terbaru, Rins dilaporkan sedang berbincang dengan empat pasukan lain bagi slot 2023. Rins mengesahkan pengurusnya sedang mengadakan perbincangan bersama Aprilia, Honda, KTM dan Yamaha…

Jualan Motosikal Menurun, Mahu Fokus Kenderaan Elektrik Antara Punca Suzuki Tarik Diri Dari MotoGP?

Kebelakangan ini timbul berita mengejutkan dari kem MotoGP apabila Suzuki didakwa akan meninggalkan kejuaraan dunia itu sebaik musim 2022 berakhir. Bukan itu sahaja, Suzuki turut dikhabarkan akan meninggalkan segala jenis perlumbaan dua roda termasuk EWC. Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada pihak Suzuki sendiri namun tindakan berdiam diri daripada pengeluar motosikal Jepun itu secara tidak langsung…

MotoGP: Terkilan, Pengurus Joan Mir Mula Bincang Dengan Pasukan Lain

Meskipun MotoGP baru memasuki pusingan keenam namun kejuaraan dunia motosikal itu telah pun terpalit dengan berita menggemparkan apabila Suzuki dikatakan bakal meninggalkan perlumbaan itu hujung musim ini. Beberapa laporan media antarabangsa melaporkan Suzuki telah pun memaklumkan ahli pasukan mengenai perkara itu sewaktu sesi ujian di Jerez, Isnin lalu. Walaupun senario itu belum disahkan namun keengganan…

Suzuki Tinggalkan MotoGP, RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia?

Terdapat dua berita mengejutkan hadir dari kem MotoGP baru-baru ini bermula dengan Suzuki yang dikatakan akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022 ini. Sementara itu, pasukan kendalian Razlan Razali, RNF Racing – yang dijenamakan semula daripada Petronas Sepang Racing Team (PSRT) – dikatakan akan menjadi pasukan satelit bagi Aprilia, meninggalkan Yamaha. Suzuki Tinggalkan…

Suzuki Gixxer SF250 Dan Gixxer 250 Jangka Masuk Malaysia 2023

Baru-baru ini kami berpeluang menunggang uji tiga buah model 150cc terbaru daripada Suzuki Malaysia, membabitkan Raider R150 Fi, GSX-R150 dan GSX-S150. Video reviu bagi ketiga-tiga model tersebut boleh ditonton dibawah: Bagaimanapun, rakan media di Paultan.org berjaya mengorek info menarik daripada pihak Suzuki sendiri apabila melaporkan terdapat dua model baharu yang akan tiba di pasaran Malaysia…

Suzuki Malaysia Wajar Pertimbang Pasang Smash Fi Next Edition Untuk Pasaran Tempatan?

Suzuki Malaysia ternyata mengorak langkah tepat sejak mengambil alih tugas edar dan pasang jenama motosikal Suzuki untuk pasaran tempatan. Selepas kejayaan melancarkan SV650, V-Strom 650 XT, GSX-S750, GSX-R1000, GSX-R1000R, Katana, Hayabusa, GSX-S1000 dan V-Strom 1050 XT, Suzuki Malaysia juga memperkenalkan model 150cc menerusi GSX-R150, GSX-S150 dan model moped, Raider R150 Fi. Suzuki Raider R150 Fi…

Suzuki Raider J Crossover Wajar Dipertimbang Untuk Pasaran Malaysia?

Umum mengetahui Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model dengan kapasiti 150cc untuk pasaran tempatan, baru-baru ini. Pelancan tiga model tersebut mengisi segmen kapcai, ‘naked’  dan ‘full-fairing’ menerusi Raider R150 Fi, GSX-S150 dan GSX-R150. Bagaimanapun, terdapat sebuah model bersesaran 112.8cc yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia ekoran menawarkan ciri praktikal untuk pengguna di Malaysia….

Suzuki Raider R150 Fi 2022 Cecah 177KM/J Atas Mesin Dyno

Umum sedia maklum bahawa Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model 150cc untuk pasaran tempatan baru-baru ini. Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R 150 Fi telah pun dirasmikan untuk pasaran tempatan sekaligus menghadirkan satu berita gembira buat peminat jenama itu di Malaysia. Bagaimanapun, hadir satu lagi berita gembira untuk peminat yang mungkin bercadang untuk mendapatkan…