Suzuki Raider J Crossover Wajar Dipertimbang Untuk Pasaran Malaysia?

Umum mengetahui Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model dengan kapasiti 150cc untuk pasaran tempatan, baru-baru ini.

Pelancan tiga model tersebut mengisi segmen kapcai, ‘naked’  dan ‘full-fairing’ menerusi Raider R150 Fi, GSX-S150 dan GSX-R150.

Bagaimanapun, terdapat sebuah model bersesaran 112.8cc yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia ekoran menawarkan ciri praktikal untuk pengguna di Malaysia.

Suzuki Raider J Crossover merupakan sebuah motosikal jenis kapcai yang tampil dengan elemen ‘motocross’ sekaligus sesuai untuk kegunaan pelbagai situasi termasuk meredah permukaan ‘off-road’ apatah lagi dibantu dengan jarak kelegaan tanah 156mm dan tempat duduk yang tinggi (775mm).

Dengan aktiviti sukan permotoran lasak semakin popular di Malaysia, kehadiran Suzuki Raider J Crossover membolehkan lebih ramai untuk merasai pengalaman menunggang ‘off-road’.

Bukan itu sahaja, dengan enjin yang tahan lasak, Suzuki Raider J Crossover juga cukup sesuai untuk kegunaan harian terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan dan barangan.

Suzuki Raider J Crossover dikuasakan enjin satu silinder 112.8cc SOHC dengan penyejukan udara dan suntik bahan api yang menghasilkan 9.1hp pada 7,500rpm dan 9Nm pada 6,500rpm dan digerakan dengan transmisi 4-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan adalah fork depan jenis teleskopik 31mm, cakera brek depan dan brek drum di belakang serta tangki 4L.

Raider J Crossover ini juga hanyalah seberat 97 kilogram lantas cukup mudah untuk dikendalikan semua jenis penunggang termasuk lelaki dan wanita.

Buat masa ini, Suzuki Raider J Crossover telah pun ditawarkan di Indonesia, Filipina dan terbaru Thailand.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]