Paten Suzuki GSX-R300 Tersebar

Suzuki telah memfailkan sebuah paten motosikal lumba 300cc, diandai akan dinamakan sebagai GSX-R300. Segmen bawah 500cc merupakan segmen yang paling sengit dipersaingkan dalam pasaran. Suzuki merasakan yang pasaran motosikal kini sedang menuju ke arah motosikal berkapasiti lebih kecil dan lebih murah.

MotoGP: Yamaha Atau Suzuki, Yang Mana Satu Menjadi Pilihan Marc VDS?

Marc VDS kini sedang dalam proses memilih di antara Yamaha atau Suzuki sebagai pembekal utama jentera mereka bagi siri perlumbaan MotoGP musim 2019. Perpindahan ini telah bertitik tolak dari keputusan pasukan Tech 3 yang telah mengesahkan perpindahan mereka ke KTM pada musim hadapan. Kedua-dua pengilang Yamaha dan Suzuki sedang menimbangkan untuk mewujudkan pasukan satelit bagi…

Suzuki Katana Bakal Muncul Kembali?

Nama Suzuki Katana telah difailkan dibawah satu lagi permohonan di United States Patent and Trademark Office (USPTO). Ini menunjukkan yang pengeluar dari Jepun tersebut sedang bersungguh-sungguh dalam merancang kemunculan semula motosikal bagi abad ke-21. Kita mungkin perlu menunggu buat seketika memandangkan masih banyak lagi berita yang berkisarkan pelancaran generasi seterusnya Suzuki Hayabusa.

MotoGP: Pasukan Satelit Suzuki Bakal Tiba Pada Tahun 2019?

Suzuki telah merancang untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit Suzuki dalam siri MotoGP bagi musim 2019. Pelan mereka bagi 2019 adalah untuk menempatkan empat buah jentera Suzuki GSX-RR MotoGP di atas grid bagi mempercepatkan proses pembangunan dan kutipan data. Pasukan persendirian seperti Tech3, Angel Nieto Team, Marc VDS dan Reale Avintia Racing bakal menukar jentera mereka…

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Dilengkapi Dengan Transmisi Separa Automatik?

Motosikal Suzuki Hayabusa 2019 dikatakan akan dilengkapi dengan sebuah sistem transmisi separa automatik yang baru. Paten-paten baru telah difailkan oleh pengeluar Jepun tersebut di Jepun, Amerikan Syarikat, dan Jerman baru-baru ini. Sistem baru ini menggunakan penggerak (actuator) bagi mengawal klac dan penukar gear di samping menggabungkannya dengan penukar gear kawalan kaki tradisional.

Isle of Man TT 2018: Michael Dunlop Akan Berlumba Dalam Kategori Supersport Di Atas Jentera Honda CBR600RR!

Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 serta perlumbaan Supersport yang lain di atas jentera Honda CBR600RR. Berita ini telah disahkan oleh PTR Honda melalui laman Twitter mereka. Michael Dunlop dan PTR Honda telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT dalam kategori Supersport pada tahun 2013 yang lalu.

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Menggunakan Enjin 1440cc?

Telah tersebar khabar angin mengenai spesifikasi yang berkaitan dengan motosikal Suzuki Hayabusa 2019. Khabar angin terbesar mengenai motosikal hyperbike terbaru itu adalah mengenai enjin empat silinder 1,440cc baru yang yang menukarnya menjadi sebuah GSX-R1400R. Jentera yang serba baru keseluruhannya ini boleh dijangkakan memandangkan yang Hayabusa akan menyambut ulang tahun ke-20nya pada tahun hadapan.