Polis Cari ‘Rider’ Cuba Ayun Helmet Ke Arah Kereta

Baru-baru ini tular satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan masing-masing di lorong kecemasan di Jalan Temiang-Pantai. Bagaimanapun, salah seorang daripada penunggang motosikal tersebut jelas dirakam berdiri di jalan raya dan bertindak agresif sebaik di hon kereta yang melalui jalan tersebut. Kejadian tersebut kemudiannya sampai ke perhatian polis Seremban yang…

Berdiri Di Jalan Raya, Penunggang Motosikal Tak Puas Hati Kena Hon

Jalan Temiang-Pantai sememangnya menjadi tumpuan kelab kereta dan geng motosikal di Malaysia. Sebelum ini, sekumpulan kelab kereta Honda mencetuskan rasa kurang senang pengguna jalan raya lain apabila bertindak meletak kereta di lorong kecemasan untuk tujuan berkumpul dan bergambar. Terbaru, beberapa penunggang motosikal telah dirakam ‘dashcam’ meletakkan motosikal di lorong kecemasan jalan raya berkenaan. Bagaimanapun, salah…

Penjara 12 Hari, Denda RM10,000 Gara-Gara Halang Polis Iringi VIP

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara 12 hari dan denda RM10,000 setelah didapati bersalah menghalang tugas anggota poli yyang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak, Jumaat lalu. Lelaki tersebut yang juga bekerja di syarikat penyelenggaraan melakukan kesalahan tersebut di Lebuh Raya Sultan Iskandar. Erdy Errwan Hamdan, 36, mengaku bersalah menghalang tugas Lans Koperal Mohd Azwar…

Empat Remaja Warga Asing Dicekup, Aktif Curi Honda EX5 Sekitar KL

Polis berjaya menahan sekumpuan remaja warga asing yang aktif dalam kegiatan mencuri motosikal jenis Honda EX5 di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan remaja tersebut, yang berusia antara 14 dan 16 tahun mensasarkan Honda EX5 kerana mudah dicuri selain dijual untuk tujuan lerai bagi dijadikan alat ganti. Penahan empat remaja warga asing itu disahkan Ketua Polis Daerah…

Imam Muda Lengkap Berjubah Ditahan Beraksi ‘Superman’, YSuku Disita

Polis telah menahan lapan individu dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu. Lapan individu terbabit berusia seawal 14 tahun hingga 24 tahun dengan masing-masing dikesan menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘superman’. Antara yang ditahan termasuk seorang imam muda sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang yang berusia 20…

Gadis Maut Motosikal Langgar Tong Sampah PBT Di Bahu Jalan

Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas motosikal ditungganginya melanggar tong sampah yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek, Klang, semalam. Dalam kejadian tersebut, mangsa Nurul Fazira Abdullah, 21 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah melanggar tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan. Bagaimanapun, pembonceng, Elyana Nur Fatihah…

Suami Isteri Kaki Pecah Cermin Kereta Dicekup Di Sungai Petani

Sepasang suami isteri yang giat mencuri dengan memecahkan cermin kereta untuk melarikan barangan berharga berjaya dicekup polis, Jumaat lalu. Pasangan suami isteri itu difahamkan aktif melakukan kegiatan jenayah tersebut di sekitar Kuala Muda dan Yan sejak awal tahun ini. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pasangan berusia 33 dan 28…

Sanggup Patah Balik Bawa Makanan, Tindakan Abang Polis Ini Dipuji

Seorang pemandu lori meluahkan rasa bersyukur terhadap tindakan seorang pegawai polis yang sanggup membelikannya makanan ketika lorinya rosak di tepi jalan. Menurut perkongsian di Facebook Penang Kini, pegawai polis terbabit memberhentikan motosikalnya untuk bertanyakan punca lori terbabit berhenti di bahu jalan. Selepas mengetahui lori tersebut rosak, dia kemudiannya bertanyakan sama ada pemandu tersebut sudah makan…