Suami Isteri Kaki Pecah Cermin Kereta Dicekup Di Sungai Petani

Advertisements

Sepasang suami isteri yang giat mencuri dengan memecahkan cermin kereta untuk melarikan barangan berharga berjaya dicekup polis, Jumaat lalu.

Pasangan suami isteri itu difahamkan aktif melakukan kegiatan jenayah tersebut di sekitar Kuala Muda dan Yan sejak awal tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pasangan berusia 33 dan 28 tahun itu merupakan penganggur dan penahanan turut membawa kepada penemuan pelbagai barangan seperti rantai tangan, rantai leher, cincin dan telefon bimbit.

“Sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah dan sebuah lagi kereta yang dibeli hasil kegiatan itu turut dirampas,” jelasnya.

Tambah Adzli lagi, pasangan suami isteri tersebut akan menjual hasil kecurian untuk perbelanjaan harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Kosmo

Advertisements