Bakar Mercun Tepi Plaza Tol Setia Alam, Polis Tahan Lima Lelaki

Polis telah menahan lima lelaki gara-gara insiden membakar mercun di bahu jalan Plaza Tol Setia Alam, minggu lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang memaklumkan kesemua individu tersebut berusia antara 30 dan 42 tahun.

Kejadian tersebut telah tular di laman sosial TikTok dan telah mendapat perhatian Ketua Polis Balai Setia Alam.

Lima dicekup tular bakar mercun tepi jalan SHAH ALAM – Lima lelaki diberkas bagi membantu siasatan insiden tular…

Posted by Inforoadblock on Tuesday, 17 May 2022

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain,” jelas ACP Mohd Iqbal.

Kesemua suspek telah ditahan jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam. – The Sun Daily

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]