Kamera AWAS Di Melaka Rakam 7,000 Kereta Pandu Lebih Had Laju

Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Lebuh Raya Utara-Selatan di Melaka telah mengesan sebanyak 7,564 kenderaan memandu melebihi had laju sewaktu tempoh pelaksanaan Op Hari Raya Aidilftri (HRA) bermual 29 April lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, daripada jumlah tersebut 2,834 dikesan di daerah Alor Gajah di Kilometer (KM) 214.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (menghala ke selatan) dan di KM214.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (menghala utara).

“Dalam tempoh 10 hari Op HRA dilaksanakan itu, jumlah saman tertinggi yang dikeluarkan menerusi kamera AWAS berkenaan adalah pada 2 Mei atau hari raya pertama iaitu 1,213 kesalahan dikesan,” jelasnya.

Sempena pelaksanaan Op HRA, kesalahan memandu melebihi had laju merupakan satu daripada kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun sebaliknya akan terus dikenakan tindakan mahkamah dengan pemandu berdepan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]