Lebih 240,341 Unit Dijual, Perodua Ucap Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Perodua mencatat rekod jualan baharu dengan lebih 240,341 unit dijual berbanding 227,243 unit pada tahun sebelumnya. Senario ini menyaksikan terdapat peningkatan lebih 13,098 unit (5.8 peratus) bagi tahun 2019 sekaligus rekod tertinggi dalam sejarah Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad menyifatkan pencapaian 2019 sebagai mengejutkan. “Pencapaian ini di luar jangkaan…

Perodua Bersama KPDNHEP Tekad Banteras Penjualan Alat Ganti Tiruan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meluahkan rasa bimbang terhadap pelambakan alat ganti tiruan yang terdapat dalam pasaran ketika ini. “Kami sedar bahawa terdapat banyak alat ganti tiruan menggunakan logo Perodua ketika ini dan ada sebahagian daripadanya sukar untuk dibezakan dengan alat ganti tulen antaranya, minyak pelinciri, penapis minyak, penyerap hentakan dan pad brek. Senario…

20 Myvi Baharu Jadi Mangsa Kes Curi Tayar Di Pulau Pinang

Perodua Myvi merupakan kenderaan paling popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2005 dan peminat model bersaiz kompak itu kemudiannya disajikan dengan Myvi serba baharu pada 2018. Bagaimanapun, tanpa disedari, model baharu itu turut medapat tempat dalam hati pencuri di Malaysia. Menurut laporan Guan Ming, lebih 20 unit Myvi baharu telah kehilangan tayar di Pulau Pinang…

Perodua Kekal Popular, Lebih 82,700 Unit Dijual Suku Pertama 2019

Perodua kekal kukuh dengan jualan bagi suku pertama 2019 dengan peningkatan 9.5 peratus kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April berbanding 75,500 unit yang didaftarkan tahun lalu. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi suku pertama dalam sejarah Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad meluahkan terima kasih ke atas pencapaian tersebut….

Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini GT-R Jadi Mangsa

Sebuah kereta Nissan GT-R mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dihentam sebuah Perodua Myvi dalam kejadian yang berlaku di Seremban 2, kelmarin. Myvi terbabit – yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun – sedang dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Emerald Park sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok batu kiri jalan. Timbalan Ketua Polis…

Myvi Terbang Cetuskan Kemalangan Di Petaling Jaya

Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah terlibat dalam kemalangan apabila memecut laju di simpang tiga berdekatan pusat membeli-belah Atria di Petaling Jaya, semalam. Dalam satu rakaman video ‘dashcam’ berdurasi 35 saat yang dimuat naik di laman Facebook Chan Brothers memaparkan kereta tersebut secara tiba-tiba bergerak dengan laju lantas melanggar bahu jalan sebelum ‘mendarat’di atas sebuah…

Pemandu Myvi Buat Hal Lagi?

Rakaman video yang memaparkan tiga kenderaan memandu dalam keadaan berbahaya sebelum menyebabkan kemalangan di Subang Jaya menjadi viral di media sosial. Menurut laporan akhbar tempatan, insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam pada 2 Mac lalu telah berjaya dirakam ‘dashcam’ sebuah kenderaan yang kebetulan melalui jalan tersebut. Rakaman tersebut – yang kini telah mencecah 1,800…

100,000 Perodua Myvi baharu telah dijual!

Perodua kini telah mencatat satu lagi kejayaan baharu dimana lebih dari 100,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga berjaya dijual kepada para pengguna di dalam negara setakat ini. Model yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah Perodua mencatat nombor jualan besar ini walaupun baru dilancarkan pada November 2017. Setakat ini, jumlah tempahan untuk Perodua Myvi generasi ketiga…

Perodua sumbang 50 Myvi kepada Bomba & institusi pengajian tinggi!

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara (untuk kegunaan dalam latihan dan penyelidikan), menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mereka. 25 institusi pendidikan tinggi ini merangkumi universiti, institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.