Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini GT-R Jadi Mangsa

Sebuah kereta Nissan GT-R mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dihentam sebuah Perodua Myvi dalam kejadian yang berlaku di Seremban 2, kelmarin.

Myvi terbabit – yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun – sedang dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Emerald Park sebelum hilang kawalan lalu merempuh tembok batu kiri jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak mengesahkan kejadian tersebut.

“Rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum memasuki jalan bertentangan lalu menghentam Nissan GT-R yang berada di kawasan letak kereta,” ujarnya.

Mangsa yang memandu Myvi mengalami kecederaan ringan sementara pemandu GT-R bebas daripada sebarang kecederaan.

Minggu lalu, rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan Myvi memecut laju secara tiba-tiba sebelum ‘mendarat’ di atas kereta Toyota Camry di Petaling Jaya turut tular di media sosial.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.