Khabar angin MotoGP terbaru telah menuding kepada kemungkinan Hafizh Syahrin akan mengorak langkah ke kelas premier untuk berlumba dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3. Oleh kerana Jonas Folger terpaksa berehat bagi musim 2018, pengurus pasukan Herve Poncharal telah sibuk mencari penggantinya. Tiada apa yang telah disahkan lagi buat masa ini tetapi nama Hafizh Syahrin sudah…
Tag: MotoGP
Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 merupakan permulaan yang mengujakan untuk musim ini. Jentera-jentera MotoGP tahun ini lebih pantas lagi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan taburan motosikal yang lebih pelbagai dari pasukan-pasukan yang berbeza.
Jorge Lorenzo memecahkan rekod catatan masa pada sesi pagi. Dani Pedrosa juga telah memecahkan rekod catatan masa terbaiknya. Cal Crutchlow terus mempamerkan prestasi yang baik.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 melabuhkan tirai dengan kedua-dua penunggang pasukan pengilang Yamaha mendahului gerombolan. Penunggang pasukan pengilang Ducati dan Honda menamatkan hari di kelompok belakang. Catatan masa dari tempat pertama sehingga ke-lima jauh lebih pantas berbanding catatan masa kelayakan perlumbaan tahun lalu.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.
Hari pertama Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 menyaksikan Dani Pedrosa mendahului keseluruhan lapangan penunggang, mengatasi desakan lewat dari penunggang pasukan pengilang Ducati. Dani sentiasa menunjukkan prestasi hebat dan pernah memenangi perlumbaan di Sepang. Pendahulu awal dari pasukan pengilang Yamaha telah ditinggalkan di belakang.
MotoGP musim 2018 telah pun bermula dengan Ujian Musim Sejuk. Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, para pasukan yang bertanding telah kembali semula untuk menguji jentera terbaru mereka. Dorna telah mengurangkan lagi jumlah ujian untuk tahun ini, menjadikan sesi ini bertambah pentingnya.
HJC Helmets telah mengumumkan yang mereka akan menaja Andrea Iannone bagi musim MotoGP 2018 dan 2019. Penunggang yang berusia 29 tahun kelahiran Itali dari pasukan Suzuki ECSTAR itu akan menggunakan helmet perlumbaan professional serba baru yang diasaskan daripada rangkaian helmet HJC RPHA 11 yang diakui ramai. Saksikan Iannone dan helmet HJC terbarunya itu pada hari…
Bekas penunggang bagi pasukan Aspar MotoGP, Yonny Hernandez, akan menggantikan Jonas Folger bagi membantu pasukan Monster Yamaha Tech 3 sewaktu ujian musim sejuk Sepang. Penunggang berusia 29 tahun kelahiran Colombia itu akan mempamerkan kemahirannya buat kali pertama di atas jentera Yamaha M1 MotoGP. Hernadez juga telah dikatakan sebagai salah seorang penunggang yang telah disenarai pendek…