HJC Helmets Menaja Penunggang MotoGP Andrea Iannone!

  • HJC Helmets telah mengumumkan yang mereka akan menaja Andrea Iannone bagi musim MotoGP 2018 dan 2019.
  • Penunggang yang berusia 29 tahun kelahiran Itali dari pasukan Suzuki ECSTAR itu akan menggunakan helmet perlumbaan professional serba baru yang diasaskan daripada rangkaian helmet HJC RPHA 11 yang diakui ramai.
  • Saksikan Iannone dan helmet HJC terbarunya itu pada hari Ahad ini semasa ujian musim sejuk MotoGP 2018 di Sepang.

HJC Helmets dengan bangganya telah memperkenalkan penunggang tajaan terbaru mereka, Andrea Iannone dari pasukan Suzuki ECSTAR MotoGP.Jenama helmet nombor 1 di Amerika Utara itu telah menandatangani penunggang berusia 28 tahun dari Itali tersebut bagi musim MotoGP 2018 dan juga 2019.

Sumber imej: MotoGP

Andrea Iannone, yang juga dikenali dengan nama gelaran “The Maniac”, telah menarik perhatian buat sekian waktu semenjak dia menyertai siri perlumbaan premier berkenaan. Bekas penunggang bagi pasukan Ducati tersebut telah bertanggungjawab menamatkan kemarau tempat podium teratas bagi pasukan Ducati dalam perlumbaan MotoGP pada dua tahun yang lalu.

Sumber imej: MotoGP

Dia kemudiannya telah mengorak langkah menyertai pasukan Suzuki bagi membantu mereka membangunkan salah sebuah jentera perlumbaan MotoGP yang paling dinanti-nantikan, Suzuki GSX-RR. Digandingkan dengan gaya penunggangannya yang liar serta perwatakannya yang karismatik, tidak hairanlah sekiranya HJC memeterai perjanjian dengan penunggang dari Itali yang berbakat itu.

Sumber imej: MotoGP

Menurut Andrea Iannone, “Saya berasa amat teruja untuk menyertai keluarga HJC Helmet pada tahun ini. HJC mempunyai tradisi helmet berprestasi perlumbaan dan berkualiti. Dengan penajaan kejuaraan MotoGP mereka yang berbilang dan portfolio penunggang di seluruh dunia yang besar, HJC adalah jenama pilihan dalam MotoGP. Saya berasa gembira menjadi salah seorang duta utama mereka dan berharap mampu memberikan komitmen jangka panjang kepada jenama ini.”

HJC Helmets juga telah mengumumkan bahawa Iannone akan menggunakan sebuah helmet serba baru yang dibangunkan terutamanya untuk tujuan perlumbaan professional. Helmet perlumbaan terbaru ini akan dibangunkan dari helmet utama dan paling mewahnya di dalam pasaran, helmet full face HJC RPHA 11.

Sumber imej: MotoGP

Saksikanlah Andrea Iannone bersama dengan helmet HJC-nya yang serba baru pada hari Ahad ini semasa hari pertama ujian musim sejuk MotoGP 2018 di Sepang yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Januari 2018. Jumpa anda di sana!

Helmet Monster Energy HJC RPHA 11 2017 Kini Di Malaysia – RM2,429!