KTM telah mengumumkan satu usahasama yang baru mereka bentuk bersama dengan pasukan Tech3 bagi MotoGP musim 2019. Selepas menjalani satu musim yang cukup memberangsangkan pada tahun 2017, pengeluar dari Austria tersebut telah bersedia untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit di atas grid perlumbaan. Empat buah jentera perlumbaan KTM RC16 akan bersaing serentak bermula tahun 2019.
Tag: MotoGP
Marc Marquez telah menandatangani perjanjian baru dengan Repsol Honda yang akan menyaksikannya berlumba bagi pasukan tersebut sehingga hujung musim 2020. Juara dunia MotoGP empat kali itu telah bersama dengan pasukan Repsol Honda sejak tahun 2013 dan hanya gagal memenangi satu kejohanan pada tahun 2015. Pembaharuan kontrak ini telah melenyapkan segala gosip mengenai perpindahan Marquez ke…
Juara dunia MotoGP empat kali, Marc Marquez, adalah duta baru Tissot. Marquez telah dipilih sebagai wakil terbaru bagi pembuat jam dari Switzerland kerana keazaman, semangat juang dan hasil usahanya. Jam rasmi MotoGP terkini yang dihasilkan untuk Marquez adalah Tissot T-Race Marc Marquez 2018.
Motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini tampak sudah bersedia untuk musim 2019. Moto2 musim 2019 bakal menyaksikan penggunaan enjin tiga silinder 765cc serba baru keluaran Triumph. Kalex telah pun mengambil langkah bagi menarik minat kebanyakan pelanggannya bagi menggunakan casis mereka untuk tahun 2019.
Penunggang Moto2, Francesco Bagnaia, telah menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan pasukan Pramac Ducati MotoGP. Penunggang dari Itali berusia 21 tahun itu akan merealisasikan impian MotoGPnya pada tahun 2019 dan 2020 di atas jentera Ducati. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Bagnaia dan pasukan SkyVR46 Racing di laman Twitter.
SIC dan Hafizh Syahrin telah mengesahkan tempat penunggang berkenaan dengan pasukan Monster Yamaha Tech3. Sesi ujian pertama Hafizh di atas jentera Yamaha YZF-M1 di Litar Antarabangsa Buriram cukup memberangsangkan. Tinggal satu lagi sesi ujian pra musim MotoGP di Qatar bermula dari 1 hingga 3 Mac sebelum bermulanya musim pada tahun ini.
Pasukan Repsol Honda MotoGP telah berada di Indonesia bagi melancarkan kemasan grafik terbaru jentera Honda RC213V 2018. Upacara tersebut telah berlangsung di Jakarta International Expo 2018. Dani Pedrosa dan Marc Marquez juga turut hadir untuk acara pelancaran tersebut untuk beramah mesra dengan peminat mereka di Indonesia.
Pasukan Repsol Honda MotoGP telah menguji lengan ayun karbon fiber baru untuk motosikal Honda RC213V 2018. Pakej keseluruhan 2018 mereka bersama dengan lengan ayun yang baru itu tampak berfungsi dengan baik sekali buat kedua-dua Marquez dan Pedrosa. Pedrosa berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di Litar Antarabangsa Buriram pada hari terakhir sesi ujian pra musim di…
Ada sesetengah pihak telah bertanya, adakah Hafizh Syahrin penunggang MotoGP Malaysia yang pertama. Selepas selesainya sesi ujian MotoGP di Thailand, kita tidak boleh nafikan lagi yang Hafizh adalah penunggang dari Malaysia yang pertama mengemudi motosikal MotoGP 1,000cc era moden ini. Pengesahan muktamad akan datang dari pasukan Monster Yamaha Tech3 sama ada Hafizh Syahrin akan menjadi…