ads

Perhatikanlah Gambar-Gambar Motosikal Moto2 Kalex Janaan Triumph 2019 Ini!

  • Motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini tampak sudah bersedia untuk musim 2019.
  • Moto2 musim 2019 bakal menyaksikan penggunaan enjin tiga silinder 765cc serba baru keluaran Triumph.
  • Kalex telah pun mengambil langkah bagi menarik minat kebanyakan pelanggannya bagi menggunakan casis mereka untuk tahun 2019.


Tampaknya, motosikal Moto2 Kalex janaan Triumph 2019 ini telah pun bersedia untuk musim 2019 yang akan datang. Seperti yang telah diketahui oleh kebanyakan anda, musim 2018 akan menjadi musim terakhir Moto2 menggunakan enjin empat silinder 600cc dari Honda CBR600RR sebelum mereka berpindah kepada enjin tiga silinder 765cc Triumph.

Kalex telah pun mengambil langkah awal dalam menyediakan casis yang sempurna untuk dimuatkan enjin baru ini dan ia tampak mengagumkan sekali. Pengeluar casis yang bertapak di Jerman itu mempunyai banyak pelanggan dalam kategori Moto2 dan mereka sudah pasti tidak ingin mengecewakan pelanggannya pada tahun 2019 apabila enjin Triumph yang baru itu akan digunakan.

Dengan semakin banyak pasukan menggunakan Kalex sebagai casis pilihan mereka, pengeluar tersebut sudah pasti ingin meneruskan dominasi mereka dalam kelas pertengahan ini setelah memenangi setiap satu kejohanan dari tahun 2011 hingga 2017 (kecuali pada tahun 2012 di mana Marc Marquez mendominasi kelas tersebut di atas jentera perlumbaan Suternya).


Tahun 2019 sudah pasti akan menjadi satu tahun yang sangat menarik sekali dengan enjin yang baru serta lebih besar ini (dan jangan lupa, bunyinya nanti). Perkara lain yang sedang dinantikan adalah kemungkinan akan kemunculan motosikal Triumph Daytona 765 2019 sebagai produk utama pengeluar British berkenaan yang akan dipromosikan di samping dengan jentera mereka yang cukup mengagumkan, Triumph Street Triple RS 2017.

Triumph Daytona 765 2019 Bakal Tiba Nanti?

Leave a Reply