Valentino Rossi telah mencecah usia 40 tahun pada hari ini. Sepanjang kerjaya perlumbaannya, juara dunia sembilan kali ini telah menggondoli kejuaraan 125cc, 250cc, 500cc, dan berbilang takhta MotoGP. Ayahnya, Graziano, menyatakan yang Rossi boleh berlumba sehingga dia berusia 46 tahun jika dia mahu.
Tag: MotoGP
Kami telah berpeluang untuk duduk bersembang dengan Gabriel Conti, Jurutera Telemetri Pasukan Ducati MotoGP bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana pasukan Ducati MotoGP menggunakan maklumat dan data yang ada. Kami dapati bahawa perlumbaan ini bukan sekadar memulas pendikit sesuka hati. Data yang dikumpulkan akan digunakan untuk penyediaan motosikal dan merancang strategi perlumbaan. Kami telah…
KTM telah melancarkan ke semua pasukan Moto3, Moto2, dan MotoGP mereka bagi musim 2019. Mereka akan tampil dengan dua buah pasukan dalam MotoGP, di mana kedua-dua pasukan ini akan menggunakan jentera yang sama. Pasukan-pasukan ini adalah Red Bull KTM Factory Racing dan Red Bull KTM Tech 3 Racing.
Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim. Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP. Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
Para penunggang Ducati telah membolot empat tempat teratas pada hari terakhir Ujian Pra Musim MotoGP 2019 Sepang. Empat penunggang Ducati berkenaan adalah antara enam penunggang yang telah memecahkan rekod catatan masa ujian sebelum ini. Ducati, Yamaha, dan Suzuki telah menguji reraup baharu mereka sewaktu ujian ini.
Pasukan pengilang Yamaha kini dikenali dengan nama Monster Energy Yamaha MotoGP. Mereka turut memperkenalkan kemasan grafik baharu untuk jentera Yamaha YZR-M1 2019 bagi kejohanan MotoGP musim 2019. Monster Energy telah mengambil alih penajaan utama dari Movistar.
Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.