Jake Dixon bakal menggalas cabaran di saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Petronas Sprinta Racing. Menurut laporan Crash.net, pelumba berusia 23 tahun itu akan digandingkan dengan Xavi Vierge sekaligus menyaksikan Khairul Idham Pawi bakal kembali ke Moto3 dan bersaing bersama John McPhee. Difahamkan, Dixon telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Angel Nieto tahun lalu namun…
Tag: MotoGP
Pelumba Honda, Marc Marquez, menampilkan aksi mantap sebaik perlumbaan bermula apabila kekal di kedudukan pertama sehingga ke pusingan akhir. Sementara tempat kedua dan ketikga menjadi milik wakil Ducati, Andrea Dovizioso dan Jack Miller. Marquez menoktahkan kemenangan sebaik perlumbaan bermula apabila tiada cabaran yang berjaya ditampilkan pesaing lain. Pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan dengan catatan masa…
Jorge Lorenzo menafikan dia bakal meninggalkan pasukan MotoGP Honda sepertimana yang dilakukan Johann Zarco terhadap KTM. Meskipun mengakui tidak gembira di Honda namun Lorenzo enggan membuat keputusan drastik seperti Zarco yang menamatkan kontrak dua tahun bersama KTM bulan lalu. Zarco turut kehilangan tempatnya untuk baki saingan musim ini apabila digantikan dengan Mika Kallio. Lorenzo turut…
Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan pasukan KTM hujung musim ini mencetuskan persoalan, siapa yang bakal menjadi penggantinya bagi musim 2020? Tatkala rata-rata pelumba lain telah pun terikat, timbul dakwaan bahawa slot Zarco akan diisi pelumba muda Tech3, Miguel Oliveira. Pelumba Portugal itu tampak sebagai calon terbaik apatah lagi secara tidak langsung memiliki kontrak…
Adam Norrodin bakal mengisi tempat Khairul Idham Pawi di Petronas Sprinta Racing Moto2 bagi perlumbaan di San Marino minggu depan. Khairul Idham Pawi masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan yang serius. Berdasarkan portfolio, Norrodin bukanlah nama asing bagi Petronas Sprinta tatkala pernah mewakili pasukan itu di saingan Moto3 pada tahun 2016-2018. Bagaimanapun,…
Sejak KTM Tech3 mengumumkan Brad Binder akan ambil alih tempat Hafizh Syahrin, desas-desus mengenai masa depan pelumba negara itu terus bertiup kencang. Pelumba berusia 25 tahun itu sendiri mengakui telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan di Moto2 tatkala kontraknya bersama Tech3 tidak lagi di sambung bagi musim 2020. Sementara itu, keputusan mengejutkan daripada Johann Zarco…
Siapa sangka Petronas Sepang Racing Team (SRT) mampu melakar nama di pentas MotoGP sejak membuat keputusan untuk naik ke kelas premier bersama Yamaha setahun yang lalu. Kini pasukan yang mempertaruhkan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli itu berjaya menempah nama sebagai antara pasukan yang paling mencuri tumpuan apabila telah pun mengutip 161 mata – Quartararo (92…
Bagi generasi baharu, nama MODENAS mungkin dianggap sebagai jaguh kampung tetapi bagi mereka yang tahu, MODENAS pernah melakar nama buat sementara waktu di arena MotoGP. Jentera yang dicanang itu bernama Modenas KR3 – sebelum bertukar nama ke Proton KR3. Bagaimana segalanya bermula? Pada 1997, Kenny Roberts – bekas juara tiga kali MotoGP – meninggalkan Malboro…
Pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo mendakwa kemalangan yang menimpanya berlaku daripada kesilapan Alex Rins yanng memintasnya di selekoh pertama. Quartararo mengalami insiden ‘highside’ lalu terbabas yang turut menyaksikan jenteranya dilanggar Andrea Dovizioso. Dovizioso terpaksa dikejarkan ke hospital susulan mengalami hilang ingatan sementara apabila mengalami hentakan kuat susulan perlanggaran tersebut. Quartararo kemudiannya menjelaskan bahawa kemalangan tersebut…