Bantu Tunda Marc Marquez, Hafizh Syahrin Dapat Pujian Netizen

Meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 di GP Jepun, semalam, namun Hafizh Syahrin tetap mencuri tumpuan apabila membantu menunda juara MotoGP, Marc Marquez. Marquez – yang turut menjuarai perlumbaan di Litar Motegi itu – mengalami masalah enjin sebaik menamatkan perlumbaan. Saksikan rakaman di bawah: Hafizh kemudiannya menghulurkan bantuan dengan menunda juara dunia enam kali…

Terima Tawaran Honda, Peluang Sertai Yamaha Ditutup – Zarco

Bekas pelumba KTM, Johan Zarco, mengakui peluang untuk menjadi ‘test ride’ untuk Yamaha telah tutup selepas dia menerima tawaran untuk menggantikan Takaaki Nakagami di LCR Honda. Zarco bakal mewakili Honda untuk baki tiga perlumbaan MotoGP musim ini selepas pelumba Jepun itu perlu direhatkan untuk menjalani proses pemulihan dari kecederaan. Pelumba Perancis itu sebelum ini telah…

Rapid KL Sediakan Bas Perantara Khas Sempena MotoGP Di Litar Sepang

Menyedari kehangatan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semakin dirasai, Rapid KL akan menawarkan perkhidmatan bas perantara khas bagi para peminat. Bas perantara berkenaan akan ditempatkan di tiga lokasi strategik, stesen KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid…

Marquez Mampu Atasi Rekod Sembilan Kejuaraan Dunia Saya – Rossi

Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya. Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini. Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2. Kejayaan Marquez turut…

Gaya Quartararo Mengingatkan Saya Kepada Lorenzo – Marc Marquez

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menyifatkan gaya tunggangan Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha mengingatkannya kepada Jorge Lorenzo. Lorenzo menjadi pesaing Marquez ketika menyertai Yamaha pada 2013 dan berjaya meraih tiga kejuaraan dunia di kelas premier termasuk pada 2015 apabila dia berjaya menewaskan wakil Honda itu. Seperti Lorenzo, Quartararo turut gemar memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi….

Quartararo Boleh Berbangga, Marquez Muncul Juara Dunia Kali Ke-8

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, mengesahkan kejuaraan dunia kali kelapan – enam di kelas premier – selepas berjaya mengetepikan saingan Fabio Quartararo di GP Thailand, hari ini. Musim 2019 menampilkan aksi paling mantap oleh Marquez apabila berjaya merekodkan 14 podium dan sembilan kemenangan sekaligus muncul juara meskipun kalendar MotoGP masih berbaki empat perlumbaan – Jepun, Australia,…

Jentera Honda Tidak Sebagus Diharapkan Di Bahagian Selekoh – Lorenzo

Selepas aksi di Mugello, Jorge Lorenzo telah terbang ke ibu pejabat Honda di Jepun bagi mencari jalan terbaik untuk mencapai keserasian dengan jentera RC213V. Bagaimanapun, dia kemudiannya terlepas empat aksi perlumbaan susulan kemalangan di Assen. Aksi terumbang-ambing bersama Honda musim ini mula menimbulkan desas-desus bahawa Lorenzo telah menghubungi Ducati dan Petronas Yamaha dalam percubaan untuk…