Ducati telah pun disahkan sebagai pembekal jentera elektrik bagi kejuaraan dunia MotoE bermula musim 2023. Jenama motosikal Itali itu bakal mengambil alih tugas Energica yang sebelum ini telah pun membekalkan saingan MotoE dengan jentera Ego Corse. Bagaimanapun, ketika Energica Ego Corse merupakan jentera ‘production’, jentera lumba oleh Ducati pula dibina khas bagi perlumbaan MotoE sahaja….
Tag: MotoE
Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP, membuat keputusan untuk melepaskan segalanya dalam arena permotoran selepas lima tahun berbakti dalam sukan itu. Keputusan mengejutkan itu hadir beberapa bulan selepas kontrak pelumba yang baru berusia 22 tahun itu tidak disambung Petronas Sprinta Racing di Moto3. Pendedahan itu dibuat KIP ketika sesi temu bual bersama…
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta sedang meneliti perancangan menyelamatkan MotoGP musim 2020 bermula dari Julai hingga November. Ezpeleta mendedahkan bahawa perancangan itu bakal melibatkan perlumbaan di Eropah sahaja. Aksi MotoGP terkandas susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekaligus memaksa Dorna menggaru kepala dalam usaha membuka tirai aksi musim ini. Sementara itu, penganjur…
Berita mengenai litar jalan raya yang bakal menjadi tuan rumah pusingan MotoGP Indonesia telah diterima dengan penuh keraguan. Mereka yang kurang arif berpendapat bahawa ianya merbahaya buat penunggang MotoGP dan juga penonton. Bagaimana pun, pelannya telah pun dirangka bagi mematuhi tahap keselamatan dan telah mendapat lampu hijau dari Dorna dan FIM.
Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas. Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api. Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.
Siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup yang diadakan julung kalinya buat motosikal elektrik akan bermula pada tahun 2019. Para penunggang akan menunggang motosikal elektrik Energica. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menampilkan seorang penunggang.
Motosikal lumba elektrik MotoE World Cup 2019 telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Enel telah diumumkan sebagai penaja rasmi bagi siri perlumbaan motosikal eletrik satu buatan ini. Motosikal superbike elektrik perlumbaan Energica Ego ini mampu menghasilkan 147hp dan 200Nm tork maksimum.