MotoGP: Musim 2020 Mungkin Berlangsung Julai Tapi Hanya Di Eropah

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta sedang meneliti perancangan menyelamatkan MotoGP musim 2020 bermula dari Julai hingga November.

Ezpeleta mendedahkan bahawa perancangan itu bakal melibatkan perlumbaan di Eropah sahaja.

Aksi MotoGP terkandas susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekaligus memaksa Dorna menggaru kepala dalam usaha membuka tirai aksi musim ini.

Sementara itu, penganjur MotoGP turut terbuka dengan sebarang cadangan antaranya mengadakan perlumbaan secara tertutup di samping menganjurkan bebebrapa perlumbaan di litar sama.

Bagaimanapun, Ezpeleta mengakui keputusan hanya dapat dilaksanakan apabila sekatan pergerakan ditamatkan.

“Kami optimis untuk cuba membuka tirai musim 2020 pada Julai.

“Kemudian segalanya akan bergantung kepada situasi tetapi ada dua faktor yang perlu dititikberatkan, negara mana yang membenarkan penganjuran MotoGP dan kemudahan untuk bergerak dari satu negara ke negara lain,” Ezpeleta memberitahu BT Sport.

Pada masa sama, Ezpeleta turut mengakui perlumbaan tertutup merupakan cara terbaik bagi menyelamatkan musim 2020 namun perlu merencana semula jumlah kru yang perlu ada di litar.

Seandainya, semua kelas perlumbaan termasuk MotoE berjalan, Dorna memerlukan sekurang-kurangnya 1,300 kru.- BT Sport

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]